RSS Feeds

Selasa, 6 Januari 2009

Prinsip pegangan al-Khawarij dan tanda-tanda mereka

Untuk kita mengetahui secara ringkas dan tepat tentang golongan khawarij ini mari kita mengetahui tanda-tanda dan prinsip pegangan mereka dengan mengetahuinya seperti yang berikut;

1) Mengkafirkan pelaku maksiat (dosa-dosa besar) dikalangan muslimin dan menghukum kekafirannya didunia dan akhirat serta dalam semua muamalah.

2) Keluar dari mentaati pemimpin samada dengan iktikad ataupun perbuatan , ini adalah kebiasaannya, dan kadang-kadang dengan salah satu diantara dua perkara ini.

3) Keluar daripada jemaah muslimin, dan bermuamalah dengan mereka dengan cara mereka bermuamalah dengan orang kafir di dunia dan mereka berlepas diri dari kaum muslimin yang dianggap kafir ini serta menghalalkan darah.

4) Memalingkan nas-nas amar ma'ruf nahi munkar kepada memerangi pemimpin muslimin dan keluar dari ketaatan mereka serta memerangi orang yang tidak setuju dengan mereka.

5) Ramai kalangan mereka adalah golongan qurra (pembaca al-quran) yang jahil yang majority mereka adalah pemuda dan jahil.

6) Terzahir pada mereka itu tanda-tanda orang soleh, seperti banyak ibadah mereka seperti solat puasa, dan kesan sujud pada dahi mereka, kebanyakan mereka itu juga besifat wara' tanpa punyai ilmu feqh. Bersifat benar dan zuhud. Akan tetapi mereka ini bersikap keras dan melampau (ghulu) seperti yang disifatkan oleh Nabi (kamu semua kan rasa kerdil dengan solat kamu berbanding solat mereka).

7) Lemah ilmu fekah mereka, dan sedikit kalangan mereka yang memiliki ilmu syara' seperti yang disifatkan oleh nabi (mereka ini membaca al-quran akan tetapi bacaan itu tidak melepasi kerongkongan mereka) iaitu sekadar bacaan tanpa amalan.

8) Tidak ada seorangpun dikalangan mereka seorangpun sahabat, tiada juga para imam mahupun para ulama fekah.

9) Terpedaya dengan diri sendiri, berbangga diri terhadap ulama sehingga mereka mendakwa mereka adalah lebih alim berbanding sayyidina Ali dan ibnu Abbas dan sekalian para sahabat.

10) Terdapat kecacatan dalam manhaj mereka dalam pengambilan dalil, mereka ini mengambil ayat-ayat azab dan meninggalkan ayat-ayat nikmat. Mereka ini mengambil ayat-ayat yang terkandung intipatinya untuk orang kafir dan mengaplikasikan ayat-ayat ini kepada orang-orang islam yang menyanggahi pendapat mereka. Seperti mana kata ibnu Umar ; mereka ini menjadikan ayat-ayat yang diturunkan kepada orang kafir dan menjadikannya kepada kaum muslimin".

11) Mereka ini jahil dalam memahami sunnah dan kebiasaanya hanya berpegang dengan al-quran semata-mata.

12) Terlalu cepat berubah pendirian dan seriangkali berselisih pandangan yang sedemikian kerana mereka mengutamakan emosi tanpa ilmu dan fekah.

13) Tergopoh gapah dalam menghukum tanpa kepastian yang sempurna.

14) Berhukum dengan bersandarkan hati dan perasaan.

15) Mereka ini memiliki kekuatan dan kesabaran, keberanian yang tinggi, kekerasan dalam menghukum dan bemuamalah. Begitu jugak ketika dalam peperangan dan perdebatan.

16) Cetek pandangan, tidak bersabar dan tergesa-gesa mengharapkan natijah sesuatu perkara.

17) Membunuh umat islam dan memerangi mereka, meninggalkan penyembah berhala seperti yang digambarkan dalam hadis Nabi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...