Derapan tapak kaki kedengaran melintasi ruang asrama. Kelihatan di luar sana tubuh-tubuh berjubah putih berduyun-duyun menuju pagar utama universiti. Dalam bilik, perbincangan masih berlaku.
“ Kita nak pergi ke tidak?” soal seorang ahli bilik dengan nada agak keras. “ Ish, ana masih bimbang ni,” jawab seorang lagi. “ Apa yang nak dibimbangkan?” “ Nanti mengganggu imtihan fasal thani.”
Suasana hening seketika. Sejalur cahaya mentari menerjah masuk melalui jendela menandakan waktu sudah hampir pukul 9.30 pagi. Pamm ! Bunyi meja diketuk. “ Ya akhi, ana bertekad. Ini adalah ilmu. Thalibul ‘ilmi mesti ke hadapan dalam apa jua soal yang melibatkan ilmu.Jangan termangu-mangu lagi.Dunia sedang rancak bergolak. Yahudi, Zionis dan Israel sedang melaksanakan makar mereka untuk menghancurkan Islam.Tengoklah masib umat Islam di dunia sekarang. Tengoklah di negara-negara sekular.Pendokong politik Machiavelli sedang bertanya : Mana praktikal Islam kamu? Islam kamu hanya dalam kitab sahaja. Islam kamu syair dan pantun tua.Ya akhi, kita kena laksanakan amanah ilmu. Asas kefahaman kita terhadap Islam mesti kukuh. Kemudian baru kita praktikkan ilmu kita masing-masing tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Jangan asyik mujadalah sahaja tapi asasnya rapuh. Ayuh, kita pergi . Jangan bimbang. Yakin dan tawakkal, Insya-Allah.”
Terik mentari memamah kulit tubuh disulami angin panas musim saifi. Peluh memercik dek kepanasan bercampur ketakutan. Manusia berpakaian seragam sedang mengawal padang daripada dicerobohi .
Tidak jauh dari kawasan itu, sebuah ambulans dan beberapa buah kereta polis sedang bergerak menuju ke situ. Tatkala mendengar deruman enjin mendekati, manusia –manusia yang berada di sisi Masjid Ghamamah menyerbu kawasan itu. Anggota polis mula menjalankan tugas. Dalam tempoh yang singkat, kawasan itu dilingkungi oleh ratusan manusia. Kenderaan-kenderaan mematikan enjin. Suasana menjadi sepi buat beberapa minit. Mata-mata hanya memerhati dan menunggu.
Sekonyong-konyong, muncullah sesusuk tubuh dari perut kereta Toyota Cressida di tepi padang. Langkahnya diatur perlahan-lahan sambil diapit oleh dua insan berseragam hijau. Rupa-rupanya penglihatannya tertutup dengan sehelai kain putih yang dibalut di kepalanya. Debaran dada mengikuti derapan tapak kaki mereka. Apabila hampir di tengah padang, mereka berhenti. Lelaki bertutup mata itu duduk bertawajjuh ke kiblat. Kakinya dirantai, tangannya diikat.
Seorang lelaki berkulit hitam mendekati lelaki itu. Seorang lelaki lain berjalan tidak jauh dari mereka lalu mengeluarkan sehelai kertas putih. “ Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka itu dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka bertimbal balik…..”Belum sempat kalimah itu dihabiskan, pedang dihayun sekuat tenaga.Sekelip mata, terpisahlah kepala dari jasadnya. Darah bersemburan mewarnai tanah dengan warna merah pekat menyala. Kepala itu terkulai kearah dadanya. Aaah! seorang pemuda Arab jatuh pengsan. Di hujung padang, seorang remaja asing hampir memuntahkan isi perutnya. Kepala itu masih terkulai di tubuhnya. Dan tidak lama kemudian, jasad itu rebah menyembah bumi.
“ Ya akhi, macam mana ?"
“ Seram sejuk pun ada. Tapi, Alhamdullillah, aku bersyukur kepada Allah atas nikmat ini. Hatiku tiba-tiba terdetik rasa bangga. Aku rasa indah dengan pelaksanaan hukum Allah itu.”
“ Sahabat, anta harus landaskan perasaan itu dengan rasa izzah tehadap Islam. Kita gembira menerima Islam dalam semua lapangan kehidupan. Kita tinggalkan cara hidup berkiblatkan barat yang kuno itu. Tamadun mereka dah musnah. Kezaliman, penindasan, kriminal dan kejahatan menjadi isi kehidupan mereka. Barat di ambang maut tetapi mereka bodoh sombong. Mereka cuba menuduh kita ekstrimis. Mereka menuduh kita berfahaman sesat. Mereka sebenarnya dengki dengan kebangkitan Islam.”
“ Cukuplah sedara. Aku faham perasaanmu yang ghuyur terhadap Islam.”
“ Nanti dulu, anta kena ingat pesanan ini. Teruskanlah perjuangan. Jangan gentar. Buat apa gentar sedangkan Allah bersamamu. Sentuhlah hati-hati dengan penuh hikmah. Jangan mudah bertelagah. Dampingi al-Quran, hidupkan sunnah. Kita akan bersama Insya Allah, bersama dalam perjuangan……..”
“ Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan mereka yang berjuang menegakkan hukumMu di muka bumi ini…”
Diadaptasi daripada pengalaman melihat pelaksanaan hukum Qisas di perkarangan Masjid Nabawi pada 8 Safar 1421 H.
Bekas Graduan University Islam Madinah,
Madinah an-Nabawiyyah.
· Boleh baca pengalaman lain yang menarik dalam blog berikut; http://tp-tazkirah.blogspot.com/2006/12/qisas-mati-hidup-kembali.html
0 comments:
Catat Ulasan