RSS Feeds

Jumaat, 1 Januari 2010

Siapakah Syiah?


Sesungguhnya syiah adalah bahaya akidah yang sedang mendatang. Sedang cuba untuk merebak! Mereka mahu menghapuskan Ahli sunnah di Iraq. Mereka mahukan supaya Afghanistan menjadi padang jarak padang terkukur dengan membantu tentera Amerika. Mereka Berjaya melumpuhkan kerajaan Lubnan melalui gerakan militan Hizbullah. Mereka juga mahu melumpuhkan kerajaan sunni di Yaman seterusnya menjadi kuasa yang semakin membesar dan menjajah Arab Saudi dan dunia islam yang lain. Kita bukan memerangi nama, tetapi kita memerangi inti kepada pegangan akidah mereka! Sebab itulah suatu yang mustahil untuk Taqrib baina syiah dan sunnah (berbaik-baik)! Bermakna, kita tidak dapat bertolak ansur dengan mereka yang berakidah seperti ini. Semoga kita semua berjaga-jaga dan tidak terpengaruh dengan kesesatan mereka ini yang mencucuk jarumnya dengan berhujahkan "sokong ali bait & bai'ah hanyalah kepada ali bait".


Berikut adalah terjemahan daripada kajian yang ditulis dan kumpulkan oleh Fadhilah as-Syeikh Abdul Rahman al-Syatheri dalam kitabnya "Soal Jawab Tentang Syiah 12 Imam (Ithna Asyar)" yang membongkar kesesatan mereka ini melalui kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama syiah sendiri ;


1) Syiah beriktiqad bahawa Allah mengutus Jibril pembawa wahyu kepada sayyidina Ali bin Abi Tolib, tetapi Jibril telah tersilap lalu menyampaikannya kepada Nabi Muhammad. Lihat kitab "al-Maniyyah Wal Amal fi syarah al-Milal Wan-Nihal m/s 30".

2) Ulama-ulama syiah beriktikad bahawa al-Quran adalah kurang! Al-Quran yang asli telah diangkat ke langit ketika sahabat-sahabat murtad! Lihat "At-Tanbih Wa-Arradd" m/s 25.

3) Mereka menyatakan bahawa sebahagian ayat-ayat al-Quran terlalu bodoh seperti dinyatakan oleh syeikh mereka al-Tobrasi dlm kitab "al-Wathiqah" m/s 211.

4) Ulama-ulama syiah menyatakan bahawa imam-imam mereka adalah wasitoh (wasilah) di antara Allah dan makhluknya. "lihat kitab "Bihar al-Anwar" 23/99.

5) Ulama mereka menyatakan bahawa melakukan haji di kubur ulama-ulama mereka lebih penting daripada melakukan haji di ka'abah! Lihat "Thawab al-A3mal Wa Iqab al-A3mal" m/s 121-122.

6) Mereka beriktikad bahawa sesiapa yang menziarahi kubur Husin bin Ali cucu Nabi seolah-olah dia menziarahi Allah di ArashNYA! Lihat kitab "al-Mazar al-Mufid" m/s 51.

7) Beriktiqad bahawa tanah dan debu di perkuburan Husin bin Ali adalah ubat bagi segala penyakit! Lihat kitab "al-Amali" m/s 318.

8) Syeikh-syeikh mereka menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara Allah dan imam-imam mereka (yang kononnya maksum)! Lihat kitab "Masobih al-Anwar Fi Hilli Musykilat al-Akhbar" jilid 2 m/s 397.

9) Syeikh syiah (al-Kulaini) dalam kitabnya "al-Raudah Minal Kafi" jilid 8 m/s 2103: "Bahawa bintang-bintang dan planet memberi kesan kepada kebahagian dan kesusahan hidup serta menentukan kemasukan seseorang ke dalam syurga dan neraka".

10) Mereka beriktikad bahawa Ali bin Abi Tolib mengetahui perkara ghaib dan kemudian mendakwa bahawa Ali mengatakan (menipu terhadap Ali) ; Aku adalah tuhan bumi yang mendamaikan bumi". Kitab "Mira'atul Anwar" m/s 59 karangan al-A3mili. Adapun dalam Usul al-Kafi jilid 1 m/s 308 mendakwa bahawa Ali adalah yang menghasilkan guruh, petir dan kilat".

11) Syeikh syiah mengatakan bahawa sayyidina Alilah yang menghidupkan orang yang telah mati". Lihat "Usul al-Kafi" jilid 1 m/s 347.

12) Syeikh-syeikh syiah menafikan sifat Nuzul Allah (turun) ke bumi dan menghukum kafir kepada mereka yang mengisbatkan sifat tersebut. Lihat Usul al-Kafi jilid 1 m/s 90-91.

13) Syeikh-syeikh syiah menyifatkan bahawa imam-imam mereka yang maksum adalah bersifat dengan sifat-sifat Allah dan mereka juga dinamakan dengan nama-nama Allah (Asma' al-husna). Lihat Usul al-Kafi jilid 1 m/s 103.

14) Mereka mengatakan bahawa tidak boleh tidak ketika mengucap 2 kalimah syahadat dengan menambah : ((wa asyhadu anna aliyyan waliyyullah)) dan mengulang-ulangnya dalam azan mereka dan selepas solat dan mentalqinkannya kepada mayat mereka. Lihat Furu3 al-Kafi" jilid 3 m/s 82.

15) Syeikh-syeikh syiah mengatakan bahawa sesiapa yang melaknat Abu Bakar as-Siddik, Umar al-Khattab dan Usman bin Affan, Aisyah dan Hafsah binti Umar selepas setiap kali solat maka dia telah bertaqarrub kepada Allah dengan sebaik-baik ibadah. Lihat kitab Furu3 al-Kafi" jilid 3 m/s 224.

16) Syeikh-syeikh syiah mengatakan bahawa imam-imam mereka yang maksum memiliki jaminan kepada pengikut mereka untuk memasuki syurga. Lihat kitab Rijal al-Karsyi jilid 5 m/s 490.

17) Beriktikad bahawa iman tidak sempurna sehinggalah beristimta3 (mut'ah) iaitu dengan si lelaki bersetubuh dengan wanita dan wanita itu bersetuju tanpa saksi ataupun wali. Mereka mengatakan lagi bahawa sesiapa yang bermut'ah dengan wanita mukminah seolah-olah dia telah menziarahi ka'abah sebanyak 70 kali! Lihat kitab Misbah al-Tahajjud karangan al-Thorsi m/s 252.

18) Khomeini berkata; "Adapun sekalian jenis bersuka-suka seperti meraba dengan syahwat, memeluk, melaga-lagakan peha maka ianya tidak mengapa sekalipun dengan kanak-kanak yang masih menyusu". Lihat kitab Tahrir al-Wasilah jilid 2 m/s 221.

19) Imam mereka al-khomeini beriktikad bahawa menangis dan meratapi ketua syuhada Husin bin Ali dan mengadakan majlis-majlis memperingati Husin itulah yang menyebabkan islam terpelihara sehingga 14 kurun lamanya. Lihat majalah Ittila3at Iraniah bilangan 15901 tarikh 16/8/1388 hijrah.

20) Syeikh ulama syiah mengatakan bahwa malaikat-malaikat Allah diciptakan daripada nur (cahaya) imam-imam mereka. Antara tugasan malaikat ialah menangis disamping kubur Husin bin Ali dan Allah telah mengarahkan 4000 malaikat untuk meratapi Husin setiap hari hinggalah datang kiamat. Setiap malaikat memohon izin kepada Allah untuk menziarahi kubur Husin segerombolan malaikat turun dan segerombolan yang lain naik langit. Lihat kitab Kanz Jami3 al-Fawaid m/s 334 karangan al-Karajiki.

21) Syeikh-syeikh syiah mengatakan "Jika malaikat bergaduh, maka Jibril akan turun kepada Ali dan membawa Ali naik kelangit supaya menjadi hakim diantara mereka', lihat kitab Ikhtisos m/s 213 karangan al-Mufid.

22) Syeikh Ulba' bin Dira' mengatakan bahawa Ali bin Abi Tolib lebih agung dan mulia berbanding Nabi Muhamad, yang mengutuskan Nabi Muhamad adalah Ali! dia mendakwa bahawa Nabi Muhammad diutus oleh Allah supaya membawa seruan kenabian itu kepada Ali tetapi Nabi Muhammad pula yang mengaku sebagai Nabi. Al-Ulba' ini menghina Nabi Muhammad dalam kitabnya. Lihat kitab Bihar al-Anwar jilid 25 m/s 305 footnote no 1.

23) Ulama syiah mengatakan bahwa imam-imam mereka tidak bercakap kecuali dengan wahyu, dan ini merupakan perkara yang dhoruri (perlu) dalam masalah Imamah. Lihat Bihar al-Anwar jilid 17 m/s 155.

24) Khomeini berkata; "Imam-imam kami mempunyai maqam yang tidak dapat dicapai oleh para malaikat mahupun para Nabi". Lihat kitab al-Hukumah al-Islamiyyah m/s 52.

25) Jawad Munghniyah berkata; "Sesungguhnya Khomeini lebih afdhal daripada Nabi Musa alaihissalam. Lihat kitab al-Khomeini Wa Daulah Islamiyyah m/s 107.

26) Dalam akidah syiah, perkara pertama yang disoal oleh malaikat dalam kubur ialah tentang kecintaan kepada Ali Bait. Sila lihat kitab Bihar al-Anwar jilid 27 m/s 79.

27) Mengatakan bahawa syurga mempunyai 8 pintu dan 3 daripadanya adalah untuk penduduk al-Qum (wilayah di Iran). Lihat Bihar Anwar.

28) Ulama syiah al-Hur al-Amili berkata; "Sesungguhnya penghisaban sekalian makhluk pada hari akhirat adalah ditangan imam-imam mereka". Kitab al-Fusul al-Muhimmah Fi Usul al-A'immah jilid 2 m/s 446.

29) Syeikh mereka al-Jazairi dalam kitab al-Anwaru An-Nukmaniyyah jilid 1 m/s 81 berkata; "Semua manusia telah murtad selepas kewafatan Nabi Muhammad kecuali 4 orang sahabat sahaja, iaitu Salman al-farisi (Parsi), Abu Zhar al-Ghifari, Miqdad bin al-Aswad dan Ammar bin Yasir, dan ini merupakan perkara tiada bermasalahpun (tidak diragui).

30) Khomeini dalam kitab al-Hukumah al-Islamiyyah m/s 69 berkata; "Berkata sahabat yang menamakan mereka itu (sahabat yang lain) sebagai munafik".

31) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa Abu Bakar as-Siddiq kebanyakan umurnya telah berkhidmat kepada patung dan berhala serta meyembah patung-patung, iman Abu Bakar adalah seperti Yahudi dan Nasrani. Dan Abu Bakar itu solat dibelakang Nabi dan patung tergantung ditengkuknya dan bersujud kepada patung itu. Kitab Sirat al-Mustaqim jilid 25 m/s 155, Bihar al-anwar jilid 25, m/s 172 dan al-Kasykul m/s 104 karangan Haidar bin Ali Haidar al-Huliyy.

32) Syeikh-syeikh syiah berikikad bahawa Umar al-khattab adalah Khunsa dan tiada ubatnya kecuali dengan menggunakan air mani lelaki" kitab al-Anwar an-Nukmaniyyah jilid 1 m/s 63. Semoga Allah melaknat syeikh-syeikh syiah ini!

33) Mereka beriktikad bahawa Abu Bakar dan Umar menjelma kepada mereka dalam setiap kali musim haji supaya dapat direjam oleh mereka dengan batu-batu ketika melontar jamrah.

34) Syiah mendakwa bahawa Umar al-Khattab sama kafirnya seperti Iblis bahkan lebih teruk lagi bahkan mereka mendakwa bahawa iblis kagum dengan lipat kali ganda azab yang diterima oleh Umar lalu Iblis mengatakan; "Siapakah yang telah di azab oleh Allah dengan berlipat kali ganda azab ini? Sedangkan aku menyesatkan semua mahkluk?". Lihat Tafsir al-Ayyasyi jilid 2 m/s 240 surah Ibrahim.

35) Syeikh syiah al-Majlisi dalam kitabnya "Jala' al-Uyun" m/s 45 menyebut; "Tiada ruang pada akal untuk syak tentang kekufuran Umar maka laknat Allah, Nabi dan semua orang islam pada Umar dan orang-orang yang engkar daripada melaknati Umar! Bahkan khomeini menggambarkan Umar al-Khattab sebagai kafir lagi zindiq! Lihat Kasyful Asrar m/s 126. Tidak cukup dengan itu mereka menyambut perayaan sempena hari terbunuhnya Umar al-Khattab dan mengagungkan Abu Lu'lu' al-Majusi yang telah membunuh Umar, yang Abu Lu'lu itu di anggap sebagai wira! Saya akan sambung lagi bagaimana penghinaan-penghinaan mereka ini kepada para sahabat, Ummahatil Mukminin (isteri-isteri Nabi) dan Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Hati tidak tergamak mahu menulis kata-kata keji dan kesat yang mereka nyatakan, tetapi ianya perlu disebut bagi menjelaskan kepada umat islam semua bagaimana kejinya akidah, akhlak & agama syiah ini semoga semua umat islam berhati-hati terhadap dakwah sesat mereka.


7 comments:

unggaspagi berkata...

salam sahabatku, tulisanmu ternyata tiada nilai kerana tidak membawa teks asli dalil2 yang dibawa seterusnya menyusahkan penyelidik untuk meneliti keautentikannya. Pernyataan anda bahawasanya "Ulama-ulama syiah beriktikad bahawa al-Quran adalah kurang" menunjukkan kejahilan anda sendiri. Syiah dan Sunni menolak sebarang riwayat seperti ini. Saya punya bukti dalam kitab Sunni pun ada riwayat seperti ini!!! Jangan banyak berbohong sebelum nama anda menjadi tajuk umpatan.. Insyallah saya akan bahaskan pembohongan ini jikalau ada waktu... wassalam

DAKWAH YEOP berkata...

waalaikassalam...baguslah jika anda menolak iktikad bahawa al-Quran ini kurang dan tidak sempurna. ini menunjukkan anda adalah ahli sunnah. tapi yang hairannya ialah anda menyatakan pula bahawa: "Saya punya bukti dalam kitab Sunni pun ada riwayat seperti ini!!!"

benarkah? dalam kitab mana? tolong beri rujukan seprti yang saya berikan. kata2 anda yg menyebut tulisan saya ini tiada nilai kerana tidak membawa teks asli dali2 yg dibawa menunjukkan anda tidak membaca spt yg sepatutnya. baca bagi habis, kerana pada akhir kenyataan itu terdapat rujukan berserta dengan muka surat dan jilidnya sekali. adakah anda rabun dekat?

apepun ya akhi yang berwarganegara indonesia, anda tetap lebih baik daripada mereka yang beriktikad taqiyyah:)...anda tidak bersetuju dengan petikan no 2 sahajakah? bagaimana dengan 34 point yang lain? jangan dibakar pula kitab2 mereka kerana sukar untuk menghapuskan semua kitab2 tersebut yang sudah tesebar dan dicetak. saya tunggu pembahasan anda yang insyaallah ilmiah dan tidak ada unsur2 taqiyah dan pembohongan:). saya tidak kesah jika saya menjadi mangsa umpatan, yang penting sahabat2 nabi tidak diumpat apalagi dikeji dan disumpah seranah. adakah umpatan dan cercaan sudah menjadi kebiasaan anda? saya harap tidak kerana nanti sangat sama dengan gelagat dan akidah syiah, syukran.

DAKWAH YEOP berkata...

berikut saya bawakan kata2 ulama syiah berkaitan al-quran dan pegangan mereka, boleh fahami ayat2 mereka ini kepada unggas dan sahabat2 anda. pastikan anda memahami bahasa arab terlebih dahulu. syukran.

1 - قال الشيخ المفيد :

" إن الأخبار قد جاءت مستفيضة عن أئمة الهدى من آل محمد صلى الله عليه وسلم باختلاف القرآن وما أحدثه بعض الظالمين فيه من الحذف والنقصان " اوائل المقالات : ص 91.

2 - أبو الحسن العاملي :

" اعلم أن الحق الذي لا محيص عنه بحسب الأخبار المتواترة الآتية وغيرها أن هذا القرآن الذي في أيدينا قد وقع فيه بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم شيء من التغييرات ، وأسقط الذين جمعوه بعده كثيرا من الكلمات والآيات " [المقدمه الثانية لتفسير مرآة الأنوار ومشكاة الاسرار ص 36 وطبعت هذه كمقدمه لتفسير البرهان للبحراني].

3 - نعمة الله الجزائري :

" إن تسليم تواتره عن الوحي الإلهي ، وكون الكل قد نزل به الروح الأمين ، يفضي الى طرح الأخبار المستفيضة ، بل المتواترة ، الدالة بصريحها على وقوع التحريف في القرآن كلاما،ومادة،وإعرابا ، مع أن أصحابنا قد أطبقوا على صحتها والتصديق بها " [الأنوار النعمانية ج 2 ص 357].

4 - محمد باقر المجلسي :

في معرض شرحه لحديث هشام بن سالم عن ابي عبد الله عليه السلام قال : إن القرآن الذي جاء به جبرائيل عليه السلام إلى محمد صلى الله عليه وسلم سبعة عشر ألف آية " قال عن هذا الحديث :

" موثق ، وفي بعض النسخ عن هشام بن سالم موضع هارون بن سالم ، فالخبر صحيح. ولا يخفى أن هذا الخبر وكثير من الأخبار الصحيحة صريحة في نقص القرآن وتغييره وعندي أن الأخبار في هذا الباب متواترة معنى ، وطرح جميعها يوجب رفع الاعتماد عن الأخبار رأساً ، بل ظني أن الأخبار في هذا الباب لا يقصر عن أخبار الإمامة فكيف يثبتونها بالخبر ؟ [مرآة العقول الجزء الثاني عشر ص 525] " أي كيف يثبتون الإمامة بالخبر إذا طرحوا أخبار التحريف ؟

5 - سلطان محمد الخراساني :

قال : " اعلم أنه قد استفاضت الأخبار عن الأئمة الأطهار بوقوع الزيادة والنقيصة والتحريف والتغيير فيه بحيث لا يكاد يقع شك " [تفسير (( بيان السعادة في مقامات العبادة )) مؤسسة الأعلمي ص 19].

6 - العلامه الحجه السيد عدنان البحراني :

قال : " الأخبار التي لا تحصى ( أي اخبار التحريف ) كثيرة وقد تجاوزت حد التواتر" [( مشارق الشموس الدرية) منشورات المكتبه العدنانية - البحرين ص 126].

كبار علماء الشيعه يقولون بأن القول بتحريف ونقصان القرآن من ضروريات مذهب الشيعة

ومن هؤلاء العلماء :

1 - أبو الحسن العاملي : إذ قال : " وعندي في وضوح صحة هذا القول " تحريف القرآن وتغييره " بعد تتبع الأخبار وتفحص الآثار ، بحيث يمكن الحكم بكونه من ضروريات مذهب التشيع وانه من أكبر مقاصد غصب الخلافة " [المقدمه الثانية الفصل الرابع لتفسير مرآة الأنوار ومشكاة الأسرار وطبعت كمقدمه لتفسير (البرهان للبحراني)].

2 - العلامه الحجه السيد عدنان البحراني : إذ قال : " وكونه : أي القول بالتحريف " من ضروريات مذهبهم " أي الشيعة " [مشارق الشموس الدرية ص 126 منشورات المكتبة العدنانية - البحرين].

unggaspagi berkata...

Sambungan….
Sedangkan dalam Tafsir al-Qurtubi mengatakan al-Ma’uzatain adalah seperti mana surah al-Baqarah dan Aali ‘Imran. Barangsiapa yang mendakwa ia bukan bagian dari al-Quran maka kafirlah ia:
قال يزيد بن هارون : المعوذتان بمنزلة البقرة وآل عمران من زعم انهما ليستا من القرآن فهو كافر
Tafsir al-Qurtubi, jilid 1 halaman 85, rujuk bab:
باب ذكر جمع القرآن وسبب كتب عثمان المصاحف وإحراقه ما سواها وذكر من حفظ القرآن من الصحابة

Banyak lagi pengriwayatan seperti ini ditemui dalam kitab Ahlusunnah. Apakah saudara mahukan lagi? Saya bisa membawakannya lagi Insyallah.

Ulama Syiah Syaikh Saduq dalam kitab al-‘itiqadat fi din al-Imamiyah, halaman 84 mengatakan:

الاعتقادات في دين الإمامية - الشيخ الصدوق - ص 84
( 33 ) ( باب الاعتقاد في مبلغ القرآن ) قال الشيخ - رضي الله عنه - : اعتقادنا أن القرآن الذي أنزله الله تعالى على نبيه محمد صلى الله عليه وآله وسلم هو ما بين الدفتين ، وهو ما في أيدي الناس ، ليس بأكثر من ذلك ، ومبلغ سوره عند الناس مائة وأربع عشرة سورة ……………………. ومن نسب إلينا أنا نقول إنه أكثر من ذلك فهو كاذب

“I’tiqad kami, sasungguhnya al-Quran yang Allah ta’ala turunkan atas nabi Muhammad (saw) di antara dua sampul/kulitnya, ialah seperti yang ada di tangan manusia dan tidak melebihi darinya. Surahnya seperti mana disisi manusia mencangkupi 114 surah…. Barangsiapa mengaitkan kepada kami, bahawa kami mengatakan al-Quran itu lebih banyak darinya, maka ia pendusta”

Terakhirnya, al-Quran yang berada pada tangan orang Syiah hari ini ialah sama seperti yang dibaca oleh Ahlusunnah, baik di Iran mahupun di Nusantara. Ulama Ahlusunnah turut mengakui bahawa al-Quran yang ada pada Syiah Imamiah Ithna 'Asyariyah terjaga daripada perubahan dan penggantian. Orang yang mengatakan bahawa di dalam al-Quran terdapat kekurangan, perkataannya tidak bisa diterima. Tahun 2005 saya pernah jalan-jalan di Iran ternyata al-Quran di sana sama seperti yang kita pakai.

Saya memohon maaf kalau ada kata-kataku yang salah atau tulisanku terlalu panjang, sasungguhnya saya tiada pernah terfikir untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak pantas. Saya cuma ingin berdialog sebagai saorang saudara muslim. Syukran wassalam…

Musa Mohamad berkata...

telah jelas dalam aqidah syiah bahawa Taqiyyah (pendustaan) adalah di bolehkan...so mmg syiah mcm 2 la kije dia...
kalau kita baca blog unggaspagi mesti dengan jelas kita sedar bahawa beliau adalah seorang yang taksub...

mana ada syiah kata al-Quran 2 lengkap..sangat jelas kalau kita baca kitab al-kahfi, bihrul anwar dan lain2 yang jelas di dalamnya iktiqah syiah yang terpesong jauh dari ahli sunnah wa jamaah

" Ya Allah, Jauhkanlah kami dari aqidah mereka, tetapkan kami di atas kebenaran AgamaMU ". Amin

Musa Mohamad berkata...

telah jelas dalam aqidah syiah bahawa Taqiyyah (pendustaan) adalah di bolehkan...so mmg syiah mcm 2 la kije dia...
kalau kita baca blog unggaspagi mesti dengan jelas kita sedar bahawa beliau adalah seorang yang taksub...

mana ada syiah kata al-Quran 2 lengkap..sangat jelas kalau kita baca kitab al-kahfi, bihrul anwar dan lain2 yang jelas di dalamnya iktiqah syiah yang terpesong jauh dari ahli sunnah wa jamaah

" Ya Allah, Jauhkanlah kami dari aqidah mereka, tetapkan kami di atas kebenaran AgamaMU ". Amin

unggaspagi berkata...

Assalamualaikum sahabatku, mohon maaf saya mahu bertanya apakah bagian pertama tulisan ku tentang riwayat Tahrif dalam kitab Ahlusunnah tak sampai? karena ku lihat hanya bagian kedua saja terpapar di layar. Jika tidak sampai saya akan kirim kembali bagian pertama itu.

Di sini ada beberapa riwayat Tahrif Ahlusunnah mengatakan dalam al-Quran pernah ada 70 nama orang Munafik, namun nama-nama itu telah dihapuskan karena anak-anak mereka adalah orang yang beriman. Allamah Baghwi mencatatkan dalam kitab tafsirnya, jilid 4 halaman 68, bab 22:
قال عبد الله بن عباس رضي الله عنهما: أنزل الله تعالى ذكر سبعين رجلا من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة للمؤمنين، لئلا يعير بعضهم بعضا، لأن أولادهم كانوا مؤمنين.
Tafsir al-Khazin, jil 3, halaman 300, bab 63:

وقال ابن عباس : أنزل الله ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة منه على المؤمنين لئلا يعير بعضهم بعضاً لأن أولادهم كانوا مؤمنين

Tafsir al-Sirajul Munir, jil 1 halaman 1358, bab Surah al-Taubah:
قال ابن عباس: أنزل الله تعالى ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم وأسماء آبائهم ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة على المؤمنين لئلا يعير بعضهم بعضاً لأنّ أولادهم كانوا مؤمنين
Tafsir al-Labab Ibnu ‘Adil, jil 8 halaman 312, bab 60:
قال ابن عباسٍ : « أنزل اللهُ تعالى ذكر سبعين رجلاً من المنافقين بأسمائهم ، وأسماء آبائهم ، ثم نسخ ذكر الأسماء رحمة على المؤمنين ، لئلاَّ يُعيّر بعضهم بعضاً؛ لأن أولادهم كانوا مؤمنين »
Bagaimana pendapatmu tentang riwayat ini? Dan jikalau ada masalah tentang rujukannya silahkan beritahu saya, syukran, wassalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...