RSS Feeds

Khamis, 7 Januari 2010

Siapakah Syiah (2)?



Kita sambung lagi pembongkaran akidah Syiah yang terlalu bahaya ini. Demi Allah yang menciptakan makhluk, tiada tuhan yang layak disembah kecuali Allah, saya nyatakan ini bukanlah dengan hati yang gembira kerana ingin kepada permusuhan dan perpecahan, tetapi kerana kewajipan dan kecintaan kepada agama dan rasul menyebabkan kita bangkit menyatakan yang hak. Saya sedar bahayanya dan kesan buruk yang mungkin akan saya hadapi, tetapi suka saya nyatakan bahawa semua perbuatan dan perkataan saya bukanlah untuk mendapat keredhoan manusia, tetapi saya mohon keredhoan Allah di dunia sebelum akhirat. Berikut adalah sambungan tentang syiah yang wajar anda ketahui;

1) Al-Majlisi berkata dalam kitabnya "Haqqul Mubin" m/s 522; "Bahawa Abu Bakar dan Umar adalah orang kafir,…orang yang mencintai mereka adalah kafir juga".

2) Seorang syeikh syiah berkata; "Bahawa pada zaman Nabi adalah seorang yang menzahirkan islamnya dan menyembunyikan kemunafikannya. Kitab al-Anwar An-Nukmaniyyah" jilid 1 m/s 81.

3) Syiah beriktikad bahawa sesiapa yang tiada dalam hatinya permusuhan terhadap Usman bin Affan, tidak menghalalkan maruah Usman dengan kutukan dan tidak mengkafirkannya maka dia adalah musuh Allah dan rasul. dia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah. Kitab "Nafahat al-Lahut Fi La3nil Jibti Wattoghut" karangan Ali bin Hilal al-Karki.

4) Syeikh al-Tobrasi dalam kitabnya " al-Ihtijaj" jilid 1 m/s 86 menyatakan; "Bahawa kedudukan khulafa yang tiga (Abu Bakar, Umar dan Usman) adalah di neraka yang paling bawah dijahanam dalam peti yang terkunci".

5) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa sesiapa yang berlepas diri (Tabarra') daripada 3 khalifah itu pada malam hari kemudian dia mati maka dia akan masuk syurga". Kitab "Usul al-Kafi" jilid 2/751.

6) Syekh syiah beriktikad bahawa Aisyah bte Abu Bakar dan Hafsah bte Umar al-Khattab adalah kafir. Kitab "Tafsir al-Qummi" m/s 597 surah al-Ghafir.

7) Syiah beriktikad bahawa salah satu pintu neraka adalah khas untuk Aisyah ummul mukminin. Lihat "Tafsir al-Ayyasyi 2/362. Aisyah adalah penzina dan Imam Mahdi mereka yang ditunggu-tunggu akan menghidupkan Aisyah dan melaksanakan hukuman hudud kepada Aisyah. Kitab "Ilal as-Syarai3" 2/565 dan kitab "Haqqul Yaqin" karangan al-Majlisi m/s 347.

8) Syeikh mereka Ali Gharawi seorang ulama besar syiah berkata; "Sesungguhnya Nabi tidak boleh tidak mestilah masuk kedalam api neraka kerana baginda telah bersetubuh dengan sebahagian wanita musyrik (Aishah dan Hafsah)!" ((Semoga Allah melaknat mereka!)) Lihat kitab "Kasyful Asrar Wa Tabriatul Aimmah al-Athar" m/s 24 karangan al-Mausawi.

9) Syeikh-syeikh syiah beriktikad bahawa menziarahi kubur imam-imam dan para wali adalah wajib dan kafir bagi yang meninggalkannya. Kitab "Kamil az-Ziarat m/s 183.

10) Beri'tikad Taqiyyah (menyembunyikan agama mereka yang dianggap sebagai benar daripada orang yang mungkin mematahkan hujah mereka samada dengan menipu atau lain-lain helah) mereka berkata; "Tidak beriman sesiapa yang tidak bertaqiyyah"! "Syarah Aqaid al-Soduq" m/s 261 dan "Usul al-Kafi jilid 2 m/s 573.

11) Dalam akidah syeikh-syeikh syiah, meninggalkan taqiyyah adalah sama seperti meninggalan solat, lantas mereka bermuamalah dengan golongan sunnah dengan taqiyyah @ berbohong yang berterusan, lantas mereka mengatakan sesiapa yang meninggalkan amalan taqiyyah maka dia kafir dan keluar daripada agama Allah. Lihat "Kutub Man La Yahdhuruhu al-Faqeh 2/313.

12) Syeikh-syeikh syiah menyatakan: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah bercakap tentang Negara bathil kecuali dengan taqiyyah" yang dimaksudkan dengan Negara bathil adalah Negara orang islam dikalangan Ahli Sunnah. Ulama syiah menamakan Negara-negara islam sebagai Negara taqiyyah. Kitab "Jami3 al-Akhbar" m/s 110.

13) Solat orang syiah dibelakang imam-imam haram dan masjid Nabawi adalah sebagai taqiyyah sahaja @ berpura-pura. "Sesiapa yang bersolat dibelakang orang munafik dengan taqiyyah seolah-olah dia solat dibelakang imam-imam". Kitab "Jami3 al-Akhbar" m/s 110.

14) Syeikh-syeikh syiah beriktikad dengan akidah (Raj'ah) iaitu penghidupan kembali ramai dikalangan orang-orang yang sudah mati sebelum berlakunya hari kiamat dalam wajah asal mereka seperti sebelum kematian mereka". Kitab "Awail al-Maqalat" m/s 46.

15) Ketika dihidupkan kembali mayat-mayat sebelum berlakunya kiamat, antara yang dihidupkan kembali ialah para Nabi dan Rasul dan sebab mereka hidup kembali adalah supaya menjadi tentera dan utusan yang berperang dibawah panji-panji Ali bin Abi Tolib". Kitab "Bihar al-Anwar" 53/41 Bab Raj'ah.

16) Mereka beriktiqad bahawa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu telah memasuki (Sardaba) rumah ayahnya di Samurra' di Iraq, umurnya ketika itu adalah 5 tahun. Sedangkan menurut tarikh yang soheh Mahdi yang didakwa mereka itu telah wafat pada tahun 260 hijrah dan tiada memiliki zuriatpun seperti disebutkan dalam kitab "al-Maqalat Wal Firaq" m/s 102. Mereka menyatakan hal ini supaya dapat memakan harta manusia dengan mewajibkan membayar Khumus (1/5 harta kepada syeikh-syeikh syiah).

17) Beriktikad bahawa solat Jumaat adalah tidak wajib keatas mereka sehingga Mahdi yang di tunggu-tunggu keluar daripada tempat menyoroknya menjadi Imam. Lihat "Miftah al-Karamah Fi Syarh Qawaid al-Allamah" karangan Muhamad Jawwad al-a'mili" 2/69 dalam bab solat.

18) Syeikh-syeikh syiah berfatwa bahawa jihad sebelum keluarnya Imam Mahdi (mereka) adalah haram! Seperti haramnya memakan bangkai, darah, daging babi. Kitab "Furu3 al-Kafi" 5/787.

19) Syeikh mereka menyebut dengan jelas bahawa Imam Mahdi mereka akan menghidupkan Abu Bakar dan Umar kemudian Mahdi itu akan menyula mereka dan digantung di atas pohon kurma, kemudian Mahdi itu akan membunuhnya setiap hari 1000 kali bunuh (hidup, bunuh, hidup dan bunuh). Kitab "Mukhtasor Basoir al-Darajat" m/s 187-188.

20) Imam mereka al-Nukmani dalam kitab al-Ghibah m/s 241 berkata; "Telah berkata Abu Abdul Salam; "Tidak berbaki antara kami dan orang arab kecuali sembelih sambil tangannya memberi isyarat kepada lehernya".

21) Beriktikad bahwa Mahdi yang ditunggu-tunggu itu akan membunuh al-Hajjaj diantara Sofa dan Marwa, meruntuhkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dan bilik Maqam Nabi kemudian akan berhukum dengan hukum agama keluarga Nabi Daud". Kitab "Bihar al-Anwar" 53/40. Kitab "al-Ghibah" karangan al-Thusi m/s 306 dan "Usul al-Kafi" 1/300.

22) Mereka beriktikad bahwaa orang-orang syiah diciptakan daripada tanah yang khas, adapun Sunni, Allah ciptakan daripada tanah yang lain. Kemudian berlaku percampuran antara 2 tanah tadi dengan cara yang tertentu, maka setiap syiah yang melakukan maksiat ianya adalah kerana terkesan dengan tanah orang Sunni sementara orang-orang Sunni yang melakukan ibadah puasa, solat, kebaikan, amanah dan sebagainya, ianya adalah kesan daripada tanah orang-orang syiah. Apabila datang hari pembalasan maka semua kesalahan dan kejahatan syiah akan diletakkan kepada orang-orang Sunni sementara semua kebaikan dan amalan soleh Sunni akan diberikan kepada syiah! Kitab "Ilal al-Syarai3" 2/478.

23) Beriktikad bahwa Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ahli neraka, mereka ini kafir dan najis. Tidak boleh solat jenazah mereka, tidak halal sembelihan mereka, anak-anak keturunan mereka adalah anak zina, mereka adalah kera dan babi wajib dibunuh dan melakukan konspirasi untuk membunuhnya. Wajib dicuri harta-harta mereka dan menyelisihi mereka, bahkan menjadikan laknat kepada ahli sunnah adalah antara ibadah yang paling afdhal. Lihat kitab "Bihar al-Anwar" 8/368, "al-Anwar an-Nukmaniyyah" 2/306, "Ilal al-Syarai3" 2/584, "Jawahir al-Kalam" 22/62.

24) Jika orang syiah solat jenazah kepada Ahli Sunnah dalam Masjid Haram dan Nabawi (kebiasaan mereka tidak solat), maka solat mereka adalah bertujuan mendoakan yang buruk kepada mayat Sunni. "Furu3 al-Kafi" 3/122 dan "Feqhul Redho" m/s 178 bab solat jenazah.

25) Syeikh al-Musawi (dulu seorang ulama syiah kemudian diberi hidayah oleh Allah dan kembali kepada Ahli Sunnah) berkata dalam kitabnya "Kasyful Asrar Wa Tabriatil Aimmah al-Athar" m/s 46 : "Berapa ramai orang yang melakukan mut'ah & dia telah menghimpunkan seorang wanita dengan ibunya, adik beradik perempuannya, makciknya dan anaknya, dalam keadaan dia tidak sedar, bahkan seorang ulama besar syiah telah melakukan hal itu, dia telah bermut'ah dengan seorang perempuan, dikurniakan anak perempuan kemudian dia melakukan pula mutah dengan anak perempuan keturunannya itu selepas beberapa tahun.

26) Harus bagi syiah bekerja dalam satu Negara Sunni jika matlamat dan tujuannya ialah menghalang kezaliman ataupun mahu menggulingkan pemerintahan mereka. Kitab "Wilayah al-Faqeh" m/s 142-143 karangan Khomeini.

27) Perlu diketahui bahawa syiah tidak pernah membuka @ menawan mana-mana bumi orang kafir bahkan merekalah yang telah menyerahkan Negara-negara islam semampunya kepada orang kafir serta membuka aib dan kelemahan orang islam kepada mana-mana orang kafir. Ini seperti yang dilakukan oleh Ibnu al-Alqami Rafhidoh ketika membongkar kekuatan dan kelemahan pemerintahan Khalifah Abbasiyyah (al-Mu'tasyim Billah) kepada ketua tentera monggol bernama Holako. Dia telah menjadi pembantu dan penunjuk maklumat kepada serangan Holako terhadap orang islam. Demikian dilakukan oleh syiah bernama Nasiruddin al-Thusi.

28) Persoalan yang sepatutnya terlintas ialah; "Adakah syiah ini dapat bersatu bersama kita (AHWJ) dengan tuhan yang sama? Nabi yang satu dan imam yang satu?"

29) Syiah menyatakan bahawa kelebihan menziarahi Maqam Ali bin Abi Tolib, ialah Allah akan menuliskan baginya bagi setiap langkah satu ganjaran haji& umrah yang mabrur, kemudian Allah tuliskan baginya 100,000 pahala orang syahid, Allah ampunkan dosa-dosanya yang lalu dan yang akan datang serta akan dibangkitkan pada hari kiamat bersama orang-orang yang aman tenteram. Dimudahkan hisab dan disambut oleh para malaikat! "Kitab Wasail al-Syiah" 10/458 dan kitab "Tahzib al-Ahkam" 6/1306.


Selepas pembongkaran yang amat panjang ini, kita menyeru kepada semua syiah yang masih waras dan berakal supaya bertanyakan kepada diri mereka sendiri; "Dimanakah akal saya?" Munasabahkah semua para sahabat telah menjadi murtad dan kafir? Munasabahkah bahawa Nabi Muhammad akan di azab dalam neraka? Munasabahkah bahwa Nabi berkahwin dengan wanita-wanita musyrik dan kafir tanpa Allah memberitahu baginda hal itu? Munasabahkah Abu Bakar dan Umar sujud kepada berhala dibelakang Nabi tanpa Allah membongkar kemunafikan itu ketika hayat Nabi?


Golongan syiah yang masih berakal; "Munasabahkan Ali bin Abu Tolib dan imam-imam kalian yang ghaib itu mengetahui apa yang tidak diketahui oleh Allah?". Munasabahkah Nabi mengetahui kekafiran Usman bin Affan kemudian mengahwinkan 2 puteri baginda kepada Usman? Dimanakah golongan berakal dikalangan syiah dan mereka yang terpengaruh dengan syiah? Kalian mahukan kebaikan tetapi sebenarnya kalian melakukan jenayah yang tidak dilakukan oleh orang kafir hatta! Bagaimana kalian akur kepada majusi-majusi di Iran apabila menerima syuabahat-syubahat dangkal dan keji mereka? Mereka meragukan dan meruntuhkan agama kamu! Mereka memakan harta-harta kalian dengan mewajibkan (Khumus) 1/5 pendapatan harta kalian kepada imam-imam yang telah merosakkan akidah dan iman kalian! Berapa billionkah setiap imam-imam sesat itu perolehi dengan kewajipan yang direka-reka ini?


Wahai golongan syiah yang masih berakal, sembahkan Allah dan jangan sekutukannya tanpa menghina dan mengkeji para sahabat, menuduh isteri-isteri Nabi dengan zina dan sebagainya. Bukankah Allah telah meredhoi para sahabt Nabi, ahli bait Nabi? bukankah isteri-isteri baginda juga adalah ahli bait Nabi? Berfikirlah sebentar!!


Jika ahli kubur yang telah mati mampu memberi manfaat, pasti mereka (mayat2) akan memberi manfaat kepada diri mereka sendiri. Ahli Sunnah tidak bergembira dengan kesesatan mereka ini! Kita membongkar kesesatan agama mereka adalah kerana membela kebenaran dan mempertahankan yang hak! Biar apa jua bayarannya, agama ini wajib dipertahankan daripada kesesatan dan kemungkaran perosak agama dan pengkhianatan orang-orang yang sesat akal dan akidahnya!


Semoga tulisan ini memberi manfaat dan membuka mata hati kita sebagai seorang muslim kearah hakikat kebenaran. Berhati-hatilah dengan dakyah dan dakwah sesat syiah! Sesungguhnya mereka adalah peruntuh agama murni ini. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang telah sesat, memberi kekuatan kepada setiap muslim untuk mempertahankan akidah sebenar mereka, sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas setiap sesuatu dan pengurnia hidayah. Amin.


Bagi mereka yang mampu memahami bahasa arab, Anda boleh download kitab Mukhtasor Minhaj as-Sunnah ini dalam link berikut;

http://www.4shared.com/file/12677957...-____2___.html

anda juga digalakkan membaca link yang saya berikan ini bagi menambah pemahaman anda tentang akidah mereka ini dan rahsia-rahsia yang tersembunyi:

http://www.al-s3odi.com/vb/t48050.html#post889038


Bagi pembaca berbahasa melayu, anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bahaya syiah dalam link berikut;

http://syiah.blogspot.com/

http://tenteradajjal.blogspot.com/

8 comments:

anisah berkata...

salam,,ust,adakah Faisal Tehrani seorang yang syiah? melihat kepada tulisan2nya macam pro syiah shj? apa komentar ustaz?

Tanpa Nama berkata...

salam,,syeikh, komen sikit ayatullah yang dah muncul kat msia sekarang....terina kasih

..::بشرى::.. berkata...

syiah kat mesia plak suka guna hujjah2 falsafah ntah pape..pening nk jawab,tak jwb kang kire kalah plak

DAKWAH YEOP berkata...

saya tdk membaca buku2 faisal tehrani, tetapi sy perhatikan juga topik2 buku beliau yg seolah2 menyokong syiah. mungkin beliau kekeliruan fakta. terkadang penulisannya dlm blog juga membantu syiah tetapi adakah beliau memang benar2 syiah? ana kurang pasti dan tidak menghukum,,,ala kullihal setiap manusia pasti ada kekurangannya.

ayatullah di msia itu dari kedah dan mendakwa telah mempunyai 30,000 penyokong seperti yang disebarkan dlm salah satu temuramah oleh majalah al-bayan kalau tak silap ana. boleh cari kat internet...

hujah2 falsafah yg lemah dan saling bertentangan ya akhi busyra...kita ada peluru yg banyak utk jawap balik. isunya mereka beriman dgn al-quran dan Nabi atau tidak? jika tidak tinggalkan sahaja dripad perdebatan. tidak menjawap bukan bermakna kalah! umpamanya tdk melayan orang gila, adakah kita bodoh? bahkan dgn tidak menjawap dan melayan org gila membukikan kita bijak. apapun jawapan ttg syubahat mereka sudah terjawap dlm kitab minhaj sunnah...syukran.

..::بشرى::.. berkata...

berkenaan Faisal tehrani,beliau mmg sangat cenderung dengan syiah,ini berdasarkan buku2 novel beliau yang saya baca,di blog pula beliau sangat mengkagumi khoeimeni,krn faktor revolusi iran,beliau juga pernah duduk di iran dan belajar di sana,tapi utk kata beliau beraqidah syiah,itu bukanla tugas kita,faisal sgt seni orgnya..peminat2 faisal juga terdiri drpd mereka yg seni,mungkin kita boleh buat novel versi ASWJ utk radd faisal..hehe

DAKWAH YEOP berkata...

Terima kasih di atas makluman dan komentar Drbusyra, ana sokong supaya terdapat versi novel ala ahli sunnah. kelihatannya ust Hasrizal cenderong ke arah ini. @ boleh juga jika Drbusyra cuba ceburi bidang ini:)? takde larangan kan akhi?

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini.

Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

DAKWAH YEOP berkata...

terima kasih banyak2 bujang susah,,insyaallah anda tidak lagi menjadi bujang susah selepas menjadi manusia yang berkongsi dan menyumbang kepada jalan dakwah yang diredhoi Allah. sama2 mengambil manfaat. syukran lak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...