RSS Feeds

Ahad, 11 April 2010

"Kami Akan Tentang Sebarang Usaha Penyebaran Syiah"


Penggerak Syiah Melayu Berasal Dari Kedah


Dr. Ahmad Al-Tayyib, Syeikhul Azhar yang baru menyatakan bahawa, Al-Azhar akan menolak setiap usaha untuk menyebarkan ideologi Syiah di negara-negara Muslim atau untuk penyebaran sel-sel Syiah di komuniti pemuda Sunni.

Syaikhul Azhar 'mengkritik' Iran terhadap semua jenis usaha mereka untuk menyebarkan pemahaman Syi'ah di dunia Sunni Islam, hal ini menunjukkan bahawa Al Azhar akan meneruskan peranannya dalam isu 'pergaulan' intelektual, yang dimulai dengan usaha dialog yang dilakukan sejak era mantan Syaikhul Azhar Mahmud Syaltut, suatu dialog yang sedikit sebanyak telah mengurangi ketegangan dan kesensetifan diantara Sunni dan Sy'iah.


Imam besar Al-Azhar menyatakan hal tersebut di hadapan pers dalam program "Meet the Press", yang ditayangkan pada jam sebelas pada Jumat lalu di televisyen Arab.

Dr. Ahmad Tayyib menekankan bahawa perlu wujudnya kewaspadaan dan perhatian penuh dan beliau akan berusaha membatalkan semua agenda politik dari setiap mahasiswa Syiah yang belajar di Mesir, dan beliau tidak mahu para mahasiswa Syi'ah yang belajar di Mesir melakukan "perangkap" terhadap para anak muda Sunni agar memasuki Syi'ah.

Syeikh Azhar Dr. Ahmad Al-Toyyib


Syeikhul Azhar dalam penampilan pertamanya di televisyen Al Arab, bukan televisyen Mesir, menyatakan juga bahawa 'pergaulan' yang akan terjadi merupakan 'pergaulan' pada peringkat intelektual dan dalam batas-batas ilmiah saja, dan dirinya menyambut baik para mahasiswa Syi'ah untuk belajar di Al-Azhar kerana beliau melihat ianya sebagai kesempatan untuk memperkenalkan mereka kepada pemahaman Sunni.(fq/aby)


http://www.eramuslim.com/berita/dunia/syaikhul-azhar-kami-akan-hadapi-setiap-upaya-penyebaran-syi-ah.htm


3 comments:

..::بشرى::.. berkata...

Syiah ni biasanya berselindung dgn sufi kat mesia ni..pening2..senjata diorg..tuduh kita wahabi..hoho..dangkal sungguh!

p/s: pasal kerja tu, bila nak? nk kena buat apa?

DAKWAH YEOP berkata...

Biasanya Ahli Bidaah tolong menolong antara satu sama lain, banyak persamaan mereka sekalipun banyak juga perbezaan. sebab itu jangan hairan dengan kewujudan Bathiniyyah Islamiliyyah yang berunsurkan Sufi.

Tuduhan jahat kpd pencinta sunnah adalah suatu yg lumrah. Bila habis hujjah, mulalah menuduh org lain sebagai terorist, Gila, suka bidaahkan orang dan lain2 lagi. Lihat sahaja bagaimana Nabi dituduh oleh bangsanya sendiri.

Perlu diingat, al-Attas ni kata, di Malaysia sudah ada lebih kurang 30 ribu pengikut syiah. So, Jakim & semua pencinta sunnah kena main peranan la, sblm msia jadi negara Syiah! KULLUNA DU'AT....

Tanpa Nama berkata...

Kenapa anda seakan allergik terhadap SUFI?
cuba anda senaraikan sifat-sifat kesufian Baginda Rasulullah saw, Sayidina Abu Bakar, Umar dan para Sahabat yg lain.

p/s terimaksih kerana membongkar kesesatan Syiah utk sebaran umum

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...