RSS Feeds

Jumaat, 29 Januari 2010

Anak Paderi Mendapat Hidayah

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!


Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan (betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.


Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). "Cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.


Berdialog Secara Ilmiyyah;
Saya katakana; "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-


1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah.

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa orang lain.

- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.


Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "


Memeluk Agama Yang Suci;

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ ..".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu! Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap di rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri, vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan al-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu.

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang. kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!


Keluarga Saya Mendapat Hidayah;

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.



Dakwah Islam vs Dakwah Kristian;

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung......"

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah... ....Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!


Holly Water Yang Tidak Holly;

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi (SIHIR) oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemputPerdana Menteri kita dulu. Kalau terminum (patutnya jangan minum sembarangan), cari air kolah dari 3 masjid.. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan insyaAllah!!!

* Kisah ini daripada salah seorang pegawai JPN Serawak, saya tidak pasti kebenarannya walaupun kelihatan beberapa bukti zahir yang membenarkannya. Tetapi ianya sangat baik untuk dijadikan peringatan buat semua pihak khususnya pendakwah. Adapun gerak kerja kristianisasi di seluruh dunia sangat menyerlah samada dari segi tenaga mahupun wang ringgit, ini hakikat yang tidak dapat dinafikan. Bukanlah suatu yang menghairan habuan dan sogokan yang bakal diperolehi seperti disebut dalam kisah di atas. Tajuk-tajuk kecil dalam kisah tersebut adalah tambahan dari saya bagi memudahkan pembaca. Wallahu a'lam.


Isnin, 25 Januari 2010

Hudud Satu Pengalaman

Derapan tapak kaki kedengaran melintasi ruang asrama. Kelihatan di luar sana tubuh-tubuh berjubah putih berduyun-duyun menuju pagar utama universiti. Dalam bilik, perbincangan masih berlaku.


“ Kita nak pergi ke tidak?” soal seorang ahli bilik dengan nada agak keras. “ Ish, ana masih bimbang ni,” jawab seorang lagi. “ Apa yang nak dibimbangkan?” “ Nanti mengganggu imtihan fasal thani.”


Suasana hening seketika. Sejalur cahaya mentari menerjah masuk melalui jendela menandakan waktu sudah hampir pukul 9.30 pagi. Pamm ! Bunyi meja diketuk. “ Ya akhi, ana bertekad. Ini adalah ilmu. Thalibul ‘ilmi mesti ke hadapan dalam apa jua soal yang melibatkan ilmu.Jangan termangu-mangu lagi.Dunia sedang rancak bergolak. Yahudi, Zionis dan Israel sedang melaksanakan makar mereka untuk menghancurkan Islam.Tengoklah masib umat Islam di dunia sekarang. Tengoklah di negara-negara sekular.Pendokong politik Machiavelli sedang bertanya : Mana praktikal Islam kamu? Islam kamu hanya dalam kitab sahaja. Islam kamu syair dan pantun tua.Ya akhi, kita kena laksanakan amanah ilmu. Asas kefahaman kita terhadap Islam mesti kukuh. Kemudian baru kita praktikkan ilmu kita masing-masing tak kira dalam apa jua bidang sekalipun. Jangan asyik mujadalah sahaja tapi asasnya rapuh. Ayuh, kita pergi . Jangan bimbang. Yakin dan tawakkal, Insya-Allah.”


Terik mentari memamah kulit tubuh disulami angin panas musim saifi. Peluh memercik dek kepanasan bercampur ketakutan. Manusia berpakaian seragam sedang mengawal padang daripada dicerobohi .


Tidak jauh dari kawasan itu, sebuah ambulans dan beberapa buah kereta polis sedang bergerak menuju ke situ. Tatkala mendengar deruman enjin mendekati, manusia –manusia yang berada di sisi Masjid Ghamamah menyerbu kawasan itu. Anggota polis mula menjalankan tugas. Dalam tempoh yang singkat, kawasan itu dilingkungi oleh ratusan manusia. Kenderaan-kenderaan mematikan enjin. Suasana menjadi sepi buat beberapa minit. Mata-mata hanya memerhati dan menunggu.


Sekonyong-konyong, muncullah sesusuk tubuh dari perut kereta Toyota Cressida di tepi padang. Langkahnya diatur perlahan-lahan sambil diapit oleh dua insan berseragam hijau. Rupa-rupanya penglihatannya tertutup dengan sehelai kain putih yang dibalut di kepalanya. Debaran dada mengikuti derapan tapak kaki mereka. Apabila hampir di tengah padang, mereka berhenti. Lelaki bertutup mata itu duduk bertawajjuh ke kiblat. Kakinya dirantai, tangannya diikat.


Seorang lelaki berkulit hitam mendekati lelaki itu. Seorang lelaki lain berjalan tidak jauh dari mereka lalu mengeluarkan sehelai kertas putih. “ Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka itu dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka bertimbal balik…..”Belum sempat kalimah itu dihabiskan, pedang dihayun sekuat tenaga.Sekelip mata, terpisahlah kepala dari jasadnya. Darah bersemburan mewarnai tanah dengan warna merah pekat menyala. Kepala itu terkulai kearah dadanya. Aaah! seorang pemuda Arab jatuh pengsan. Di hujung padang, seorang remaja asing hampir memuntahkan isi perutnya. Kepala itu masih terkulai di tubuhnya. Dan tidak lama kemudian, jasad itu rebah menyembah bumi.


“ Ya akhi, macam mana ?"

“ Seram sejuk pun ada. Tapi, Alhamdullillah, aku bersyukur kepada Allah atas nikmat ini. Hatiku tiba-tiba terdetik rasa bangga. Aku rasa indah dengan pelaksanaan hukum Allah itu.”


“ Sahabat, anta harus landaskan perasaan itu dengan rasa izzah tehadap Islam. Kita gembira menerima Islam dalam semua lapangan kehidupan. Kita tinggalkan cara hidup berkiblatkan barat yang kuno itu. Tamadun mereka dah musnah. Kezaliman, penindasan, kriminal dan kejahatan menjadi isi kehidupan mereka. Barat di ambang maut tetapi mereka bodoh sombong. Mereka cuba menuduh kita ekstrimis. Mereka menuduh kita berfahaman sesat. Mereka sebenarnya dengki dengan kebangkitan Islam.”


“ Cukuplah sedara. Aku faham perasaanmu yang ghuyur terhadap Islam.”


“ Nanti dulu, anta kena ingat pesanan ini. Teruskanlah perjuangan. Jangan gentar. Buat apa gentar sedangkan Allah bersamamu. Sentuhlah hati-hati dengan penuh hikmah. Jangan mudah bertelagah. Dampingi al-Quran, hidupkan sunnah. Kita akan bersama Insya Allah, bersama dalam perjuangan……..”


“ Ya Allah, jadikan kami daripada kalangan mereka yang berjuang menegakkan hukumMu di muka bumi ini…”


Diadaptasi daripada pengalaman melihat pelaksanaan hukum Qisas di perkarangan Masjid Nabawi pada 8 Safar 1421 H.

Bekas Graduan University Islam Madinah,

Madinah an-Nabawiyyah.


· Boleh baca pengalaman lain yang menarik dalam blog berikut; http://tp-tazkirah.blogspot.com/2006/12/qisas-mati-hidup-kembali.html


Khamis, 21 Januari 2010

Berkahwin Dengan Niat Talak


Di antara perkara yang tersebar pada zaman sekarang ialah penghijrahan pemuda-pemuda islam ke negara kafir samada dengan tujuan belajar mahupun berkerja. Kadang-kadang berlakulah niat untuk berkahwin di negara tersebut demi memelihara daripda dosa besar dan fitnah seperti zina. Yang menjadi persoalan ialah, bolehkah seseorang itu berkahwin dengan niat talak? Bermakna pada suatu masa tertentu dia berniat untuk menceraikan isterinya tanpa dia memberitahu seseorang tentang niatnya itu. Si suami akan menceraikan isterinya demi maslahat mereka bersama –menurut pandangan suami-. Bolehkah? Adakah perkahwinan ini sama bentuknya dengan nikah mut'ah?


Mari kita dalami jawapan para ulama dalam perbahasan ini, semoga ianya dapat menjelaskan hukum dan menyelesaikan kerumitan yang sering berlaku khasnya dikalangan pemuda arab mahupun umat islam secara umum.


Jawapan Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi (Wafat 620 H);

Imam ibnu Qudamah berkata; "Jika seseorang itu berkahwin dengan wanita itu tanpa meletakkan syarat kecuali dalam hatinya berniat @ terdetik untuk menceraikannya selepas tempoh sebulan, ataupun jika sudah selesai urusannya di negara tersebut maka nikahnya adalah soheh menurut pendapat majority ulama kecuali Imam al-Auzaie yang mengatakan ia adalah nikah mut'ah. Yang sebenarnya nikah tersebut tidak mengapa (harus), pernikahan itu tidak rosak mahupun mudharat dengan sebab niatnya. Lihat al-Mughni 7/573.


Jawapan Imam an-Nawawi (Wafat 676 H)

Imam an-Nawawi berkata; Telah berkata al-Qadhi (Qodi Iyyad) ; "Dan mereka telah ber'ijmak' bahawa sesiapa yang mengikat pernikahan secara mutlak dan niat dihatinya (lelaki) tidak akan duduk bersama isterinya kecuali tempoh yan telah diniatkan maka nikahnya sah dan halal, ianya bukanlah nikah mut'ah. Adapun nikah mut'ah adalah yang berlaku dengan meletakkan syarat yang telah dinyatakan. Akan tetapi (nikah dengan niat talak) Imam Malik berkata; "Ini bukanlah diantara akhlak manusia". Imam Auzaie mempunyai pandangan yang ganjil dalam hal ini katanya; "Ia (nikah itu) adalah nikah mut'ah dan tiada kebaikan padanya". Lihat syarah soheh Muslim karangan Imam an-Nawawi 9/182.


Jawapan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (Wafat 728 H)

Ibnu taimiyyah ditanya tentang seseorang yang sering bermusafir ke pelusuk Negara dalam setiap negeri menetap selama sebulan ataupun 2 bulan, kemudian dia takut jika dirinya terjerumus kearah maksiat, adakah dibolehkan sepanjang tempoh dia berada di negara tersebut bernikah dan jika dia bermusafir dia akan menceraiknnya lalu memberikan isterinya itu hak-hak yang sewajarnya? Adakah Sah pernikahan seperti itu atau tidak?

Beliau menjawab; "Dia boleh berkahwin, tetapi bernikah secara mutlak tanpa meletakkan syarat dengan tempoh-tempoh tertentu, jika dia mahu terus bersama dia tidak lepaskan isterinya dan jika dia tidak mahu, maka dia menceraikannya. Adapun dalam masalah sah @ tidak nikahnya, terdapat khilaf dikalangan ulama. Jika dia berniat secara pasti mahu menceraikan bakal isterinya ketika hendak meninggalkan Negara tersebut maka hukumnya adalah makruh. Adapun jika dia berniat akan menceraikan bakal isterinya tatkala hendak meninggalkan Negara tersebut, tetapi didalam hatinya berkata, jika dia terus terpikat dengan isterinya maka dia tidak menceraikan adapun jika hatinya tidak berkenan dia akan menceraikannya, maka hukumnya harus. Adapun mensyaratkan tempoh tertentu maka ini adalah nikah mut'ah yang disepakati pengharamnya oleh imam-imam yang empat serta ulama lain". Lihat Majmuk Fatawa 32/107.

Jawapan Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin (Wafat 1421 H)

Berkahwin dengan niat talak ini tidak akan terlepas daripada 2 perkara;
1) Samada dia meletakkan syarat bahawa dia akan menikahinya hanya untuk satu bulan, satu tahun atau hingga pelajarannya selesai. Maka ini adalah nikah mut'ah dan hukumnya haram.
2) Ataupun dia bernikah dengan niat talak namun tanpa meletakkan syarat tersebut, maka hukumnya menurut mazhab yang masyhur dikalangan Hanabilah (mazhab Hambali) adalah haram dan akadnya rosak (tidak sah). Ini karena mereka menganggap bahawa apa yang diniatkan itu sama seperti yang disyaratkan. Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya segala amal perbuatan itu (diterima atau tidak) bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang itu adalah apa yang dia niatkan". [Muttafaqun 'Alaih].


Dan kerana jika seseorang menikahi seorang perempuan yang telah ditalak tiga oleh suaminya (dengan niat) agar perempuan itu menjadi halal lagi kepada suami yang pertama (boleh rujuk), lantas suami yang kedua akan menceraikannya, maka nikahnya (suami yang kedua) tidak sah! Sekalipun akadnya dilakukan tanpa syarat tersebut. Sebab, apa yang diniatkan itu sama dengan apa yang disyaratkan. Maka jika niat nikahnya adalah untuk menghalalkan suami yang pertamanya kembali kepada bekas isterinya, maka akadnya rosak, demikian juga niat bernikah mut'ah merosakkan akad. Ini adalah salah satu pendapat mazhab Hambali.


Pendapat kedua; Sah seseorang menikahi perempuan dengan niat akan menceraikannya apabila kembali ke negaranya, seperti para mahasiswa yang pergi keluar negera untuk belajar atau tujuan lainnya. Alasan mereka adalah si lelaki itu tidak memberi syarat (di dalam akad). Terdapat perbezaan nikah seperti ini dengan nikah mut'ah iaitu apabila batas waktu dalam nikah mut'ah itu habis maka perceraian dengan sendirinya terjadi, samada dikehendaki oleh suami ataupun tidak. Ini berbeza keadaannya dengan nikah yang disertakan niat talak. Nikah dengan niat talak itu memungkinkan bagi suami memegang isterinya untuk selama-lamanya (berterusan sebagai isteri). Ini merupakan salah satu dari dua pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Tarjih Syeikh al-Uthaimin;
Pada pendapat saya, nikah dengan niat talak ini adalah soheh dan bukanlah mut'ah, sebab definisi mut'ah berbeza dengan (nikah dengan niat talak), akan tetapi hukumnya haram dari sudut yang lain iaitu penipuan terhadap isteri dan keluarga si wanita. Rasulullah telah mengharamkan perbuatan penipuan dan tipu muslihat. Sekiranya si perempuan (isteri) mengetahui bahawa si lelaki itu tidak ingin menikahinya kecuali untuk waktu tertentu saja, pasti perempuan itu tidak mahu mengahwini lelaki tersebut, demikian juga keluarganya.


Begitu juga jika lelaki itu tidak rela sekiranya anak gadisnya dinikahi oleh seseorang dengan niat akan menceraikannya apabila keperluannya telah tertunai, maka bagaimana dia rela melakukan hal ini kepada orang lain? Sedangkan dia sendiri tidak rela menerima perlakuan seperti itu? Perbuatan ini sangat bertentangan dengan iman, kerana Rasulullah telah bersabda:
"Tidak beriman seseorang kamu, sehinggalah dia mencintai bagi saudaranya sepertimana dia mencintai apa yang dia cintai bagi dirinya". [Muttafaq 'alaih]

Sesungguhnya saya juga mendengar bahawa terdapat sebahagian orang yang mengambil pendapat ini sebagai alasan untuk melakukan perbuatan yang tidak dapat diterima oleh siapapun. Mereka pergi ke luar negara hanya untuk menikah, tinggal bersama isteri barunya yang dinikahi dengan niat talak dalam batas waktu yang mereka mahukan. Setelah puas mereka tinggalkan ! hal Ini sangat berbahaya di dalam masalah ini. Maka itu menutup rapat-rapat pintunya adalah lebih baik, karena banyak mengandungi unsur penipuan, kecurangan dan penghinaan. kerana membukanya (membenarkan) bererti membuka kesempatan kepada orang-orang awam yang jahil untuk melanggar batas-batas larangan Allah.
[Fatawa Mar'ah oleh Syeikh Ibnu Uthaimin, m/s. 48-49.
[Disalin dari. Kitab Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, Penyusun Khalid Al-Jursiy.


Fatwa al-Majma3 al-Feqhi al-Islami [1];

Qarar (kesepakatan) al-Majma' al-Feqhi 2006 dinyatakan; "Berkahwin dengan niat talak ialah; berkahwin dengan sempurna dari segi rukun, syarat-syarat sah nikah dengan si suami menyembunyikan niat hati untuk menceraikan si wanita selepas beberapa tempoh tertentu, cthnya 10 hari @ umum. Seperti berniat talak sehinggalah selesai pengajiannya @ telah mendapat apa-apa yang dihajati". Nikah jenis ini sekalipun ramai ulama yang mengharuskannya, akan tetapi Majma' Feqh melihat kepada larangannya kerana pernikahan jenis ini mengandungi penipuan dan helah. Sekira-kira, jika si gadis @ keluarganya mengetahui sudah pasti mereka menolak dan tidak bersetuju. Ia juga kerana pernikahan jenis ini membawa kepada mafsadah (kerosakan) dan mudharat yang boleh merosakkan sum'ah (nama baik) orang islam. Allahlah segala pengurnia taufik, selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad, ahli keluarganya dan para sahabat baginda".

http://www.themwl.org/Fatwa/default.aspx?d=1&cidi=162&l=AR&cid=13


[1] Satu gagasan ilmiyyah islamiyyah dibawah pantauan (Muslim World League) yang berpusat di Makkah al-Mukarramah ditubuhkan pada tahun 1977 M. badan ini dianggotai oleh ulama-ulama terkenal dari seluruh dunia yang di antaranya bertujuan untuk membincangkan hukum-hukum syarak dan fatwa feqh kontemporari yang menimpa umat islam serta cara penyelesaiannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...