RSS Feeds

Isnin, 10 Januari 2011

Hidupnya Para Syuhada'

Telah berkata Sodriddin Ali bin Muhamad bin Abil Izz al-Hanafi (Wafat 792 H) dalam syarah kitab Tohawiyyah;


"Dan adapun kehidupan yang dikhususkan kepada orang yang mati syahid dan diberikan keistimewaan kepada mereka adalah dalam Firman Allah bermaksud; "Dan janganlah kamu sangka orang-orang yang mati syahid dijalan Allah itu telah mati bahkan mereka itu hidup, disisi tuhan mereka dikurniakan rezeki".


Dalam ayat lain Allah berfirman; "Dan janganlah kamu menyatakan bagi sesiapa yang telah terbunuh dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup akan tetapi kamu tidak menyedarinya".


Iaitu Allah telah menjadikan ruh-ruh mereka itu berada didalam perut burung hijau seperti disebutkan didalam hadis daripada Abdullah bin Abbas beliau berkata; Telah bersabda Rasulullah; "Tatkala sahabat-sahabat kalian ditimpakan musibah iaitu pada hari Uhud, Allah telah menjadikan ruh-ruh mereka didalam perut burung hijau, didatangkan kepada mereka sungai-sungai syurga, dan diberi makan daripada buah-buahan syurga dan mereka memegang periuk-periuk daripada emas yang diteduhkan dengan teduhan Arasyh. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud, dan dengan makna yang sama daripada hadis Ibnu Mas'ud dalam soheh Muslim.


Tatkala mereka (syuhada') mengorbankan tubuh badan mereka kerana Allah sehinggalah dihancurkan oleh musuh-musuh mereka dalam peperangan tersebut, maka Allah telah menggantikan dalam alam barzah badan-badan yang lebih baik daripada sebelumnya berkekalan ianya sehinggalah hari kiamat. Dan segala kenikmatan si syahid adalah melalui badan tersebut yang lebih sempurna daripada kenikmatan terhadap ruh semata-mata. Kerana itulah jiwa orang mukmin dalam gambaran burung atau seperti burung dan jiwa (ruh) orang mati syahid berada dalam perut burung. Dan perhatikanlah lafaz daripada 2 hadis didalam Muqatto' Imam Malik;


Bahawa Ka'ab bin Malik telah menceritakan bahawa Rasulullah telah bersabda; "Sesungguhnya jiwa (ruh) seorang mukmin adalah burung yang bergantung didalam pohon syurga sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari kebangkitan".


Kata-kata Nabi (jiwa orang-orang mukmin) adalah umum dan merangkumi para syuhada mahupun tidak, akan tetapi kemudian dikhususkan kepada para syuhada bahawa mereka berada dalam perut burung hijau.


Umum diketahui bahawa jika jiwa berada didalam perut burung dibenarkan lagi pada jiwa itu adalah burung, maka sudah tentu termasuk dalam umum hadis lain dengan gambaran ini. Maka bahagian mereka (para syuhada) daripada nikmat-nikmat di alam barzah adalah lebih sempurna berbanding mereka yang mati di atas katil. Sekalipun orang yang mati diatas katil itu lebih tinggi darjat (kedudukan mereka dari segi amalan @ ilmu) berbanding para syuhada ketika didunia. Akan tetapi bagi para syuhada nikmat yang khusus tidak dapat dikongsikan kepada mereka yang lebih rendah daripada para syuhada'. Wallahu A3lam.


Allah telah mengharamkan kepada bumi daripada memakan jasad para Nabi seperti telah diriwayatkan dalam kitab-kitab Sunan. Adapun para syuhada sesungguhnya telah disaksikan daripada mereka setelah beberapa tempoh lama daripada pengebumian mereka, bahawa jasad mereka sama seperti asal mereka dikebumikan dan tidak berubah. Maka boleh jadi keadaan itu akan berkekalan didalam kuburnya sehinggalah hari kebangkitan. Boleh jadi juga jasad para syuhada itu akan hancur bersama tempoh yang panjang Wallahu A3lam. Seolah-olah, Wallahu A3lam setiap syuhada yang mati itu jika sempurna (iman dan amalnya) serta lebih afdhal berbanding yang lain-lainnya dikalangan syuhada maka kekalnya jasad itu adalah bertambah panjang dan lama".


Syarah Akidah Tohawiyyah M/S 400.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...