RSS Feeds

Sabtu, 19 Mac 2011

Kebangkitan Apa Sebenarnya Di Bahrin?

Presiden kesatuan ulama muslimin sedunia, Syeik Prof Dr Yusuf al-Qardhawi menganggap bahawa adalah tidak wujud kebangkitan rakyat di Bahrin, akan tetapi yang berlaku ialah kebangkitan kumpulan tertentu. Beliau berkata: "Apa yang berlaku adalah tidak sama seperti yang berlaku di Mesir, Tunis dan Libya. Sesunguhnya apa yang berlaku adalah dorongan daripada luar dan bukanlah kehendak rakyat Bahrin keseluruhan, bahkan ianya adalah keluarnya satu puak daripada puak yang lain untuk mencapai matlamat dan kemaslahatan mereka dengan paksa. Dan berterusan sehinggalah menjadi kebangkitan puak dan ini adalah masalahnya.


Beliau menyatakan ini ketika berkhutbah jumaat di masjid Qatar: "Sesungguhnya kebangkitan di Bahrin bukanlah kebangkitan seperti yang berlaku di tempat- yang lain. Sesungguhnya ia adalah kebangkitan perpuakan. Kebangkitan di 4 tempat yang kita lihat sebelum ini di Tunis, Mesir, Yaman dan Libya semuanya adalah kebangkitan rakyat menentang pemerintah mereka yang zalim. Rakyat mesir keseluruhannya keluar daripada pelbagai lapisan bahkan pelbagai golongan islam dan kristian, pemuda dan veteran, lelaki dan wanita, golongan professional mahupun yang mundur, juga ahli agama mahupun ahli dunia.


Beliau menambah: Syiah keseluruhannya adalah memusuhi sunnah secara keseluruhan. Kebangkitan ini adalah kebangkitan puak syiah…golongan sunnah apabila melihat hal ini, maka mereka bangun. Mereka (sunni) bergerak seramai 450 ribu berhimpun di masjid al-Fatih dan berkata: "Dan kami juga mempunyai permintaan-permintaan juga seperti kalian wahai syiah, kamu semua mempunyai kehendak dan kami juga mempunyai kehendak dan tuntutan".


"Saudara-saudara kita di sana telah menyatakan bahawa golongan syiah di sana ketika berada di bulatan lukluah mereka itu bukanlah berdemo secara aman seperti yang aku sangka pada permulaannya. Bahkan mereka memusuhi dan mengancam kebanyakan ahli sunnah, merampas masjid-masjid yang tidak dimiliki mereka, menggunakan senjata seperti yang dilakukan oleh golongan Baltojiyyah di yaman dan mesir dan serta tempat-tempat lain terhadap kebanyakan golongan ahli sunnah yang tiada kekuatan".


"Aku berharap akan berhimpun golongan berakal dikalangan syiah dan ahli sunnah dan berbincang. Sesungguhnya pemimpin Bahrin telah menyeru kepada perbincangan. Aku juga melihat bahawa kes seumpama ini memerlukan perbincangan berbanding perpecahan rakyat. Lebih parah dan berbahaya apabila golongan syiah menisbahkan diri mereka di bahrin kepada Negara luar (Iran) dan membawa gambar Khomeni dan gambar Hasan Nasrallah dan gambar-gambar tertentu. Seolah-olah mereka ini adalah rakyat Iran dan bukan Bahrin. Mereka adalah daripada Negara teluk mengapakah mahu keluar daripada teluk sedangkan kami mahu supaya mereka menjadi bangsa mereka sendiri secara realistic.


http://almoslim.net/node/143260


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...