RSS Feeds

Ahad, 6 Mac 2011

Pameran Buku Antarabangsa Riyadh 2011




Semalam petang 5 mac saya dan ust Fauzi berkesempatan melawat pameran buku antarabangsa Riyadh yang diadakan secara tahunan. Ini adalah ziarah saya buat kali kedua, walaupun saya tidak berniat untuk membeli apa-apa kitab memandangkan kebanyakkan kitab telah saya miliki khususnya yang melibatkan bidang pengajian saya dan juga kitab-kitab turash. Dengan niat untuk mengambil buku yang akan diedarkan secara free oleh penulisnya Dr Fahad as-Sunaidi yang merupakan Tesis PhD beliau di King Saud University. Saya dan ust Fauzi datang dan al-hamdulillah berjaya mendapatkan satu naskhah. Selain itu kementerian Wakaf , Dakwah dan Irshad juga menghadiahkan secara percuma mushaf dan tafsir muyassar yang harganya tidak mati Sr60 seunit. Saya dapat satu dan ustaz fauzi mendapat satu mushaf saiz sederhana cetakan Mujamma' Malik Fahad di Madinah.


Kami mengelilingi dewan besar berpenghawa dingin itu lebih kurang 2 jam. Sempat solat berjemaah Isyak. Sempat saya bertemu Fadhilah as-Syeikh Dr A'aid al-Qarni yang juga melawat pameran / Ma'arad kitab 2011 ini. Tapi saya tidak bepeluang untuk bersalam kerana beliau dikelilingi polis yang jumlahnya melebihi 7 orang. Mungkin untuk keselesaan dan penghormatan beliau sebagai tetamu khas yang akhirnya diberi peluang memberi komentar terhadap pameran buku antarabangsa Riyadh 2011.



Saya sebenarnya terkejut apabila pada pameran buku kali ini, golongan wanita juga dibenarkan masuk dan bercampur dengan pelawat dan pembeli lelaki. Kebiasaan tahun-tahun yang lalu, wanita mempunyai masa yang khas untuk melawat bersama family-family mereka. Lebih mengejutkan penyampai maklumat melalui peti mikrofon umum adalah juga wanita! Serangan apakah ini? Nampaknya golongan liberal semakin besar pengaruhnya dan kekuatan mereka bagi merubah suasana Saudi yang kononnya dianggap jumut, tiada toleransi dan pelbagai lagi sangkaan yang buruk khususnya apabila melibatkan hukum hakam dan pengamalan kepada agama islam yang suci.



Sedang saya membelek-belek buku, saya terlihat 3 kanak-kanak lelaki sekitar umur 10 tahun memegang buku bertajuk: "Risalah hijab buat wanita". Budak lelaki arab itu cuba untuk menghadiahkan buku tersebut kepada seorang gadis arab yang kelihatan besar tetapi berumur sekitar 12 tahun yang tidak bertudung. Perempuan itu yang berada disamping ibu bapanya cuba mengambil tetapi kemudian menolak. Kanak-kanak lelaki itu hanya tersenyum dan berlalu pergi. Saya juga tersenyum dengan insiden tersebut, tetapi saya sangat kagum sebenarnya! Kanak-kanak sekecil itu sudah bijak untuk mencari pahala. Bijak berdakwah dan menyampaikan ilmu. Semoga dia akan menjadi pendakwah cemerlang tatkala besar dan sentiasa mendapat taufik Allah sepanjang hayatnya. Semoga perempuan yang sudah kelihatan besar itu akan faham kewajipannya sebagai muslimah dan diberi hidayah Allah kelak.




Pameran buku ini bermula dari tarikh 1 Mach 2011 dan akan berakhir pada 11 Mach 2011. Untuk pengetahuan saudara semua, kuasa membeli di sini sangatlah tinggi selain harganya yang pada hebat saya agak murah dan berpatutan. Selain itu beberapa percetakan buku yang besar dan terkenal memberikan diskaun sehingga 30% seperti al-Ubaikan dan Jarir book. Tahukah saudara semua, pada hari kedua pemeran buku ini, jualan yang telah dicatatkan ialah sebanyak 6 juta Riyal Saudi. Sehingga pada hari ke empat pameran seramai 400 ribu orang pelawat telah datang dan sejumlah 12 juta riyal hasil jualan yang telah diraih oleh para penjual. Saya pernah melihat beberapa orang arab (saya kira peminat kitab) membawa troli besar untuk membeli dan membawa kitab-kitab yang terpilih. Selain berduit mereka tidak berkira, dan berbelanja untuk kebaikan masa depan! Inilah kita mahukan khususnya kepada penuntut-penuntut ilmu di mana jua mereka berada. Saya terkenang sahabat-sahabat Madinah yang seangkatan dengan saya yang sanggup membelanjakan sehingga 3000 riyal untuk satu musim pameran buku. Tahniah kepada mereka semua!


Pameran buku antarabangsa ini akan dibuku setiap hari dari pukul 10 am – 10 pm setiap hari. Kecuali hari jumaat ianya beroperasi pada pukul 4pm – 11pm. Pameran ini bertempat di exit 9 atau tidak jauh daripada al-Imam Universiti. Sebanyak 950 percetakan seluruh dunia menyertai dan mengambil bahagian dan lebih daripada 300 ribu topic buku di pamerkan. Saya kira, orang-orang Riyadh jangan melepaskan peluang ini khususnya sahabat-sahabat serumpun saya melayu Riyadh! Boleh solat waktu berjemaah di dalam dewan pemeran selepas 5 minit dilaungkan azan, merupakan kelebihan yang mungkin tidak dapat dilihat di pemeran-pameran buku antarabangsa di Negara-negara lain. Tahniah Arab Saudi walaupun anda sedang diserang dan dimusuhi secara idealogi!!



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaykum sheykh,

Ada tak buku Salah Ad-Deen al-Ayyubi keluaran IIPH? Berapa harga kat sana ye? Kat sini mahal laa. Satu set $54..belum masuh shipping lagi tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...