RSS Feeds

Ahad, 17 Januari 2010

Mufti, Pelajar Mithali & Exam


Semalam hari Sabtu 16 Januari, saya dan beberapa rakan mengendalikan majlis bersama Mufti Mamlakah, Fadhilah as-Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali-Syeikh. Majlis dibawah pantauan Kursi Amir Sulton itu telah dikendalikan oleh ustaz Ahmad Fauzi pelajar PhD King Saud University. Saya dan rakan-rakan lain daripada Indonesia, Sudan dan Thailand membantu beliau. Al-hamdulillah, program berjalan dengan lancar dengan semua kerusi didalam dewan dipenuhi oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai negara. Dewan auditorium Kuliah Tarbiyah Malik Saud itu hanya mampu menampung sejumlah 160 orang sahaja menyebabkan ramai hadirin yang berdiri di hujung dewan. Rector University Malik Saud Prof Dr Abdullah al-Uthman, Dekan kuliah Tarbiyah dan beberapa orang pensyarah turut hadir mendengar ucapan Mufti.


Mufti Mamlakah telah menyampaikan ucapannya dan memberi nasihat kepada pelajar-pelajar luar Negara yang menuntut di university tersebut yang mana mereka merupakan harapan kepada Negara masing-masing. Beliau menasihatkan semua pelajar agar bersungguh-sungguh dalam mempelajari ilmu khasnya kepada mereka yang sedang mendalami bidang pengajian islam. Pelajar dinasihatkan agar menyampaikan tugas dakwah dengan penuh hikmah dan dengan cara yang penuh sopan. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil manhaj yang sederhana (wasatiyah), serta menjauhi fahaman-fahaman yang melampau serta menyalahi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Malangnya pertemuan itu amat singkat menyebabkan banyak soalan-soalan bertulis daripada pelajar tidak dapat dibacakan dan dijawab.


Pelajar Mithali;

Saya diarah untuk hadir ke Idarah Minhah (Department of scholarship students) selepas solat zohor. Saya dapati teman saya daripada Yaman bernama Sodiq dan Adam Sogo daripada Nigeria sudah hadir. Saya sudah dimaklumkan pada hari Khamis, untuk hadir bagi mengambil hadiah pelajar mithali pelajar-pelajar yang mengikuti program haji musim 1430 H bersama university. Mereka memberikan kredit markah yang dinilai dari banyak sudut oleh musyrif-musyrif yang mengendalikan perjalanan haji yang lepas.

Saya fikir mestilah saya sekadar terakhir daripada 3 tempat yang ditawarkan. Tapi rupa-rupanya sudah mahu menjadi rezeki saya dihadiahkan sebuah radio sony {CFS-929SMK2} apabila mendapat tempat pertama. Adam Sogo mendapat tempat kedua dan diberikan sebuah jam tangan al-Fajr yang berharga sekitar 300 Riyal. Sementara akh Sodiq mendapat sebuah printer Hp deskjet 2280 tempat ketiga. Ust Sodiq ini sebenarnya telah memenangi pertandingan syair yang diadakan di khemah Mina dibawah anjuran Muassasah Azan yang mengendalikan jemaah kami dan lain-lainnya seramai 3000 jemaah. Yang hebatnya ialah syair ciptaan beliau itu telah menyebabkan ramai jemaah menangis dan bersedih. Kedapatan seorang pemuda tampil memberikan hadiah jam tangan Rolex sebagai penghargaan sesudah ustaz Sodiq selesai membacakan syair dengan hafalannya itu. Syair yang mempertahankan kemuliaan Nabi Muhammad daripada hinaan dan celaan golongan karikator Denmark itu sangat-sangat memberi kesan. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana penyampaiannya yang sangat menarik. Beliau telah memenangi sebuah Komputer riba jenama Dell yang berharga sr4000.


Ustaz Sodiq ini juga bercerita kepada saya bahawa semasa melancong ke Malaysia pada 8 tahun yang lalu, beliau telah ditawarkan untuk mengahwini anak seorang hartawan. Beliau mengenali anak lelaki kepada hartawan itu melalui beberapa seminar perniagaan. Tetapi apakah jawapan Sodiq? Huhuhuhu, seorang hartawan yang memiliki beberapa rumah banglow besar, 5 buah kereta mewah dan menjanjikan tawaran pekerjaan yang baik jika mengahwini anak gadisnya yang agak rupawan juga. Apakah tekaan anda?


Ustaz Sodiq ini merupakan anak murid kepada ulama Yaman terkenal; Syeikh Abdul Majid Zendani. Boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan sangat baik. Menguasai bahasa Perancis dengan sangat baik dan sudah semestinya juga bahasa arabnya yang sangat bermutu. Saya kagum dengan kebijaksaan beliau dan sikap ramahnya yang menunjukkan beliau memiliki cirri-ciri seorang Dai'e yang soleh insyaallah. Semoga Allah memelihara beliau dan memberkati perjalanan hidupnya.

Hadiah buat Adam Sogo

Exam;

8 Safar bersamaan 23 Januari kami semua akan memulakan peperiksaan akhir sem. Saya, ust Ahmad Fauzi, dan ust Arif masing-masing dengan 5 subjek. Kelihatannya sedikit tetapi berat. Masa yang diperuntukkan adalah 2jam 30 minit untuk setiap kertas. Markah lulus bagi pelajar-pelajar Dirasat ialah 75% sementara pelajar ijazah ialah 60%. Segala program-program luar ditangguhkan sementara waktu, semoga Allah memudahkan urusan ini dan memberi kejayaan kepada kami semua dan semua teman-teman di University al-Imam Muhamad bin Saud. Tidak lupa juga semua sahabat University Islam Madinah dan University Ummul Qura Mekah. Semoga peperiksaan ini akan menambahkan lagi semangat membaca dan mengulangkaji pelajaran dalam bidang masing-masing. "Ya Allah, jadikanlah segala amalan kami ikhlas sepenuhnya keranaMU, jadikanlah kami dikalangan hamba-hambaMu yang soleh, dikurniakan taufik dan hidayah kepada jalan yang lurus". Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajma'en Walhamdulillahi Rabbil A3lamin.

5 comments:

ustazmadinah@yahoo.com berkata...

tahniah buat akhi hafiz basir ,

DAKWAH YEOP berkata...

Terima kasih kepada ustazmadinah, semoga Allah memberkati anda & keluarga didunia dan akhirat.

Tanpa Nama berkata...

emm .. bestnya ustaz .. murah rezki = berkat. semoga dimuliakanNya.

..::بشرى::.. berkata...

radio sony! argggh! baru je berangan..dia da ade..huhu

exam da dekat pn masih sempat update blog eh?
-erti perkongsian dengan memberi-

Tanpa Nama berkata...

oo ustaz berbaik-baiklah dengan Mufti Saudi . Balik nanti kami angkat ustaz jadi Mufti di tanahair.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...