Pada Hari Ahad lepas, saya bersama teman-teman memanfaatkan masa cuti seminggu dengan menzirahi Masjid Nabawi di bumi Toyyibah. Perjalanan sejauh 840 km daripada Bandar Riyadh ke Madinah itu mengambil masa selama 8 jam. Mencuba kekuatan kereta Ford Focus 2003 yang akhirnya berjaya sampai pergi dan pulang dengan kelajuan berterusan 140km. Had kelajuan yang dibenarkan ketika berada diatas lebuh raya Saudi ialah 125km. Ya, saya sudah memintas kelajuan had yang dibenarkan tetapi ianya adalah sesuatu yang normal menurut uruf di sini. Lazimnya polis hanya mengenakan saman kepada mereka yang kelajuannya mengatasi 140km. Anda jangan terkejut jika kedapatan pemandu-pemandu di sini samada Arab mahupun A'jami memandu sehingga mencecah 220km sejam. Dengan kereta-kereta mewah yang mereka naiki kelajuan itu tidaklah terlalu ditakuti. Tetapi jika berlaku kemalangan? Anda boleh membayangkan apakah –kebiasaannya- yang akan terjadi.
Kos Minyak Petrol & Kelajuan Maksima;
Untuk sampai ke Madinah dengan jarak 840km, saya hanya perlu mengisi tangki penuh sebanyak 2 kali. Maksimum kapasiti tangki minyak adalah 40 liter yang hanya sekitar Sr24 sahaja. Itupun kerana saya menggunakan minyak jenis Ron 95 yang lebih mahal (60sen/liter) berbanding Ron 91 yang berharga 45sen seliter. Ini bermakna perjalanan pergi dan pulang ke Madinah daripada Riyadh hanyalah memerlukan Sr98 sahaja. Tanpa dikenakan tol & tanpa bayaran tandas awam jika berhenti rehat. Makan? Masing-masingla, kecuali jika di sponser oleh teman-teman.
Saya mencuba kelajuan maksima kereta Ford Focus yang saya naiki, Malangnya tidak melebihi 170km. Itulah sejarah kelajuan maksima dalam pemanduan saya. Apapun, al-Hamdulillah kereta saya tidak meragam dan selesa dipandu. 170km juga masih terasa seperti biasa sahaja. Cukup bahaya bukan? Anda boleh bayangkan bagaimana bahayanya memandu kereta-kereta mewah seperti Camry, Toyota Avalon, Lexus, Mercedes, Bmw dan lain-lain lagi apabila kelajuan saat pemanduan itu tidak terlalu dirasai.
Duit Rm50, Rm10 & Rm5;
Sempat saya dan ust fauzi singgah ke kedai jubah (Syiakah) ketika di Madinah. Mulanya ust Fauzi ingin memborong beberapa helai jubah apabila kedengaran terdapat harga promosi, rupa-rupanya harga serupa sahaja. Tiba-tiba tuan kedai menawarkan untuk menjual ringgit kepada saya. Tetapi ringgit itu adalah cetakan lama, pada belakang rm50 itu berlambang Muzium Negara, Rm10 berlambang Stesen Besar KTMB dan Rm5 berlambangkan Istana Negara. Setelah berfikir sebentar, saya membeli juga wang kertas itu yang jumlahnya Rm240 dengan harga Sr240. Dia bersangka baik dengan jemaah yang membayar barangannya menggunakan nilai ringgit tetapi rupanya wang kertas lama. Saya tidak pasti adakah wang itu masih sah laku diperdagangkan ketika di Malaysia @ tidak?
Pulang Ke Riyadh, Menuju Ke Mekah;
Kami pulang dan selamat sampai ke Riyadh pada petang Selasa 20 April. Esoknya, bersama abg Mazlan, ust Fauzi dan akh Fitri, kami bertolak ke Mekah pada jam 5 petang. Jarak perjalanan kali ini ialah 1800km pergi dan balik. Kereta sewa Toyata Yaris milik abg Mazlan itu dipandu beliau sendiri sebelum diambil alih oleh akh Fitri. Saya dibelakang sempat menulis bahas kecil tentang falsafah Francis Bacon berbekalkan beberapa kitab rujukan dan laptop yang saya bawa. Saya perlu membentangkannya pada hari Sabtu. Setelah 300km meninggalkan Riyadh, jalan raya kelihatan samar kerana ribut pasir. Debu-debu berterbangan menyebabkan jarak penglihatan hanya sekitar 5 meter sahaja. Akhirnya kami sampai ke Miqat Qarnul Manazil (Sail kabir) pada pukul 12,30 malam. Hanya saya yang tidak menunaikan umrah dan itulah sejarah saya yang pertama memasuki Mekah tanpa ehram sejak 8 tahun lebih menetap di Saudi. Teman-teman menunaikan umrah dan saya tidur di rumah sewa pelajar Ummul Qura.
Perlawanan Sepak Takraw Di Jeddah;
Selepas subuh, kami bertolak ke Jeddah untuk menghadiri perlawanan sepak takraw seluruh Arab Saudi di konsulat Malaysia di Jeddah. 16 team menyertai perlawanan, 2 daripadanya adalah daripada Riyadh. Saya bersama team abg Mazlan & Fauzee, menang sekali kalah dua kali. Akhirnya kami kurang layak untuk memasuki perlawanan akhir:). PPM Madinah mendapat tempat kedua kejohanan, Tabung haji Mekah no 3 dan Johan dimenangi oleh team daripada Yanbu'. Adapun team PPM Mekah, Riyadh, Ajyad Mekah, Jeddah dan lain-lain lagi sekadar menjadi penyokong setelah team masing-masing kalah.
Malam Jumaat itu kami tidur di hotel Mahmal dengan bayaran Sr300. Pagi jumaat, kami keluar daripada hotel pada pukul 11 pagi menuju ke " Restoran Al-Baik". Merupakan satu restoran segera yang cukup terkenal. Sedap dan digemari ramai selain harganya yang murah, malangnya restoran milik arab Palestin ini hanya terdapat di Mekah, Madinah dan Jeddah sahaja. Ramai berkeyakinan ianya dapat mengatasi KFC, tetapi pemiliknya dikatakan tidak mahu membuka francaisnya di mana-mana tempat diluar Arab Saudi.
Kami menunaikan solat Jumaat di tanah haram Mekah, kemudian terus pulang ke bumi Riyadh. Tahniah kepada team PPM Madinah, khasnya akhi Meng, Abu, Amirul dan Faiz. Permainan kalian hebat, tetapi kurang bernasib baik. Terima kasih kepada Tabung Haji sebagai penganjur kejohanan walaupun hadiahnya terlalu biasa dan simple. Syukran lakum.
9 comments:
Assalamu'alaykum sheykh..lama tak dgr cite..amacam?..camne bleh terbeli duit lama kat saudi ni? dah lama ana dok cari duit2 lama tu..especially yang RM20 tu..geram tgk..huhu..kalu ade peluang camtu lagi sapu satu set untuk ana bleh? mmg diri ini pengumpul duit2 lama..huhu
ohoo..sibuk dgn bahas, ade mase update blog! haha..gaya tulisan pun da macam UZAR..huhu..
baru2 ni tepon ust zainak kedutaan, ckp psl nk apply saudi, so dia suh dtg amik borang, klu nk suh kedutaan hntar..bln 10 diorg submit, tp klu nk g temuduga kt sana sendiri, pon boleh..tapi saya tnya, tu jamiah mana? 'u mau apply madinah kan?'
sy ckp..klu riyadh xleh? dia jwb blh..sy tnya lg..nk apply sume leh? dia ckp kedutaan hnya akn sokong satu je..pilihla..klu nk wt sume..kne wt sendiri..so, pdgn abg, jamiah mana nk apply ni?
Akhi Faiz, memang dah lama sangat tak dengar berita nta:) ana al-Hamdulillah, nta nak beli duit2 lama tu ke? ahlan wasahlan, ni daripada madinah lagi:)..Dulu ana memang minat kumpul duit lama khasnya syiling lama, tapi lepas kena curi malas dah. syiling rm1 dan rm5 yang besar tu pun ana ada simpan,,dan macam2 lagi syiling, tapi dah hilang. Malang sungguh..nta buat apa sekarang?
Busyra,,UZAR lain, dia profesianal dan lebih mantap, kita ni baru nak merangkak,.terpulang nta la, tapi elok kalau nta aply riyadh, khasnya Malik Saud University. syukran
syiling rm5? xpnh tgk pn..nti balik cni..tunjukkan la..nk gk tgk
Ana keje sebagai tutor kat UMK. Nak sambung belajar pulak tapi tak dapat dapat lagi tempat. Maybe kene consider dalam negara pulak kot. Ana pon kumpul duit lama. Setakat ni tak hilang lagi. Tapi ana lagi berminat duit kertas daripada syiling. Tapi syiling yang besar2 tu pon ana ada jugak..huhu..inshaAllah ada rezeki kita trade?
Ana ada jumpa sorang makcik masa pegi expo semalam. dia kata anak dia ada belajar kat Madinah dulu. BA dan MA dalam Lughah. Nama dia Muhammad Solah bin Muhammad kalu tak silap. Sheykh kenal?
ada email fitri? dia jamiah malik kan?
Fitri? email dia: syeikh01@yahoo.com....
Aki Faiz, ana kenal Muhammad Solah, emmm, dia BA je, tengah master kat msia kot..dah dapat anak berapa org?
salam,
tak sangka jumpa blog org dari riyadh. sy keje di riyadh ni.
owh yeke..BA jeh..mak dia kate MA gak..silap dgr kot..huhu..anyway..tade rezeki lagi laa sheykh..tgh usaha lagi..huhu..sheykh bile nak kawin?
Catat Ulasan