RSS Feeds

Khamis, 17 Julai 2008

Teman Yang Baik


الصحبة الصالحة

Teman memiliki pengaruh yang besar untuk mempengaruhi temannya yang lain. Boleh jadi dia mengingatkan ke jalan yang benar ataupun dia melekakan dari mengingati Allah U. Boleh jadi dia seperti penjual minyak wangi atau boleh juga dia sebagai tukang besi. Benarlah sabda Nabi e yang bermaksud: "Seseorang itu mengikut agama temannya maka lihatlah setiap kamu siapakah yang menjadi temannya." -Hadith riwayat Abu Daud & Tirmizi dan di hasankan oleh beliau-


Sebab itulah islam menekankan supaya kita memilih teman yang baik untuk diri kita dan keluarga. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan semua kisah dari rasul-rasul kami ceritakan kepadamu supaya dengannya kami teguhkan hatimu.." -Surah Hudd ayat 120- Lihatlah kisah Nabi Musa yang sanggup bersusah payah untuk mendapat faedah dengan berkawan dengan seorang hamba yang Soleh. Musa berkata kepada Khaidir: "Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkanku ilmu-ilmu yang telah diajarkan oleh Allah U kepadamu?"-Surah Al-kahfi ayat 66- Lebih menghairankan dari itu semua, Nabi Musa berdoa kepada Allah supaya dikurniakan pembantu dikalangan saudaranya sendiri iaitu Harun t, kenapa? "supaya kami (Musa dan Harun) banyak bertasbih kepada engkau dan kami mengingati engkau". -Surah Thoha ayat 33-34-


Melalui sebuah hadis, kita semua mengetahui kisah Hanzolah bin Rabi' ketika mana(musa dan harun) daud &tirmizi dan di hasankan oleh beliau. bertemu dengan Abu Bakar Al-Siddiq, kemudian mereka berdua pergi bertemu dengan Nabi e dan berkata: "Wahai Rasulullah ketika mana kami bersama kamu, kamu seringkali mengingati kami dengan azab Neraka dan nikmat Syurga seolah-olah kami lihat dengan mata kami, akan tetapi bilamana kami keluar bertemu ahli keluarga, kami terleka dengan anak isteri kami, dan kami banyak lupa". -Hadith riwayat Muslim-


Imam An-Nawawi telah menulis di dalam kitabnya Riyad As-Solihin Bab: "Menziarahi orang-orang yang soleh, duduk bersama mereka, menemani mereka, mencintai mereka, meminta mereka menziarahinya dan meminta doa dari mereka". Antaranya beliau menulis, hadith Ibn Abbas t dalam riwayat Bukhari beliau berkata: Nabi e bersabda kepada Jibril, "Apa yang menghalang engkau dari menziarahi aku lebih dari yang biasa?" Maka turun ayat yang bermaksud: "Dan tidaklah kami (Jibril) turun kecuali dengan perintah Tuhanmu. KepunyaanNyalah apa-apa yang ada di hadapan kita dan belakang kita dan yang ada diantara kedua-duanya dan Tuhan tidak sekali-kali lupa". -Maryam ayat 64-


Nabi bersabda lagi: "Barangsiapa yang Allah menghendakinya dengan kebaikan maka Allah akan mengurniakan kepadanya teman yang soleh jika dia lupa dia akan diingatkan dan jika dia ingat dia akan membantu temannya" -Riwayat Abu Daud- aanlah kamu berkawan kecuali denagn orang mukmin, n yang baik untuk diri dan keluarga kita. hhhhhAntara dalil lain yang jelas menyebut tentang kepentingan teman ialah hadis tentang seorang Bg btang seorabrakan ialah hadisani Israil yang telah membunuh 100 orang dan kemudian dia dinasihati oleh seorang ulama' yang faqih : "Pergilah kamu ke satu tempat sekian dan sekian, sesungguhnya di sana terdapat orang-orang yang mengabdikan diri kepada Allah dan jadilah kamu bersama-sama mereka, dan jangan kamu sesekali balik ke tempat kamu sesunguhnya tempat kamu yang asal itu adalah tempat orang-orang jahat……" –Bukhari&Muslim-


Muaz bin Jabal pernah berkata kepada seorang lelaki dikalangan rakan-rakannya: "Duduklah bersama-sama kami, kita mengingati Allah sejenak". Maka duduklah mereka berdua saling mengingati dan memuji Allah". -Hadis riwayat Bukhari- Berkata Bisyr bin al-Haris: "Cukuplah bagimu bahawa satu kaum yang telah mati akan tetapi dapat menghidupkan hati dengan mengingati mereka, sementara satu kaum yang masih hidup tetapi boleh merosakkan hati sekadar dengan melihat mereka itu." Berkata Ibrahim Al-Hawwad: "Ubat bagi hati ada 5 perkara: "Membaca Al-Quran dengan penuh Tadabbur, mengasingkan batin, bangun malam, merendah diri ketika sedar dan duduk bersama orang-orang yang Soleh".


Semua yang disebut di atas amat jelas bagi mereka yang memahami, bahawa rakan karib memainkan peranan yang amat penting dalam penbentukan syahsiah diri. Sedar atau tidak sebenarnya kehidupan kita lebih banyak mendampingi rakan-rakan berbanding ahli keluarga sendiri. Sebab itu tidak hairanlah sekiranya anak kecil yang baru di peringkat sekolah lebih mentaati teman-temannya berbanding ibu bapanya sendiri. Ini semua harus disedari oleh semua yang bakal menjadi ibu bapa pada masa yang mendatang.


Amat mengecewakan, bahawa pada zaman yang bersifat kebendaan ini manusia hanya menjadi teman ketikamana masih memiliki harta kekayaan, mengaku teman ketikamana senang, menjadi teman untuk berseronok dan bergelak ketawa sahaja. Tetapi berapa ramaikah yang masih setia sebagai kawan apabila temannya itu Muflis? Siapakah yang menangis apabila melihat penderitaan rakan karibnya? Siapakah yang menghulurkan bantuan apabila rakan karibnya ketika di timpa musibah? Semua ini harus difahami dan dihayati supaya konsep persahabatan adalah telus dan Ikhlas kerana Allah.


Nabi bersabda dalam satu hadis yang masyhur: " 7 golongan yang akan mendapat perlindungan arasy Allah pada hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindungannya. Imam yang adil, seorang pemuda yang membesar dengan penuh ketaatan kepada Allah, seorang lelaki yang hatinya sentiasa mengingati masjid, dua orang lelaki saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisahnya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang berkedudukan dan cantik maka dia berkata: "Sesungguhnya aku takutkan Allah", seorang lelaki yang mengeluarkan sedekah kemudian dia menyembunyikannya dari umum sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang mengingati Allah seorang diri maka mengalir air matanya." -Muttafaqun Alaih-


Perlu diingatkan di sini bahawasanya mendampingi rakan yang soleh tidaklah bererti mengasingkan diri dari manusia lain ataupun masyarakat sekitarnya. Jika beginilah keadaannya, bererti kita telah meninggalkan banyak tanggungjawab dan kewajipan, dan yang paling asas ialah amal ma'ruf nahi munkar. Akan tetapi yang seharusnya difahami ialah individu tersebut memperuntukkan masa yang lebih banyak bersama orang-orang yang Soleh dan sentiasa menjaga hatinya dari pengaruh unsure-unsur orang yang tidak baik. Sekiranya dia bersama-sama orang tidak Soleh, maka hendaklah dia bersungguh-sungguh agar dapat menukarkan majlis tersebut menjadi majlis yang Soleh sekiranya mampu dan memberi perangsang kepada dirinya serta menguatkan hatinya. Seharusnyalah dia tidak berpaling kepada seruan-seruan Syaitan yang akan menghalangnya dari berbuat seperti yang demikian. -Madarij Salikin 1/490-


Sama-samalah kita bermohon kepada Allah supaya kita dikurniakan teman yang Soleh yang akan membantu kita ke arah ketaatan kepada Allah dan mencegah kita dari melakukan kemaksiatan dan menyedarkan kita dari segala kealpaan. Allah berfirman dalam surah Zuhruf ayat 67 yang bermaksud: "Teman-teman karib pada hari itu sebahagian mereka musuh kepada sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa" Allah berfirman lagi yang bermaksud: "Masuklah kamu semua ke dalam Neraka bersama-sama Jin dan manusia yang sebelum kamu, setiap satu umat yang masuk kedalamnya akan mengutuk kawannya yang menyesatkannya sehingga apabila semuanya telah masuk Neraka, berkatalah orang-orang yang masuk lewat (pengikut-pengikut) dikalangan mereka kepada orang yang masuk kemudian (pemimpin-pemimpin): "Ya tuhan kami, mereka telah menyesatkan kami, sebab itu datangkanlah azab yang berganda kepada mereka dari azab Neraka". Maka Allah berfirman,: "Masing-masing mendapat siksaan yang berlipat ganda akan tetapi kamu tidak mengetahui."-al-A'raf 38-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...