RSS Feeds

Jumaat, 29 Mei 2009

2) Dimanakah Allah?

Mari kita renungi kata-kata Ulama Salaf yang tersohor;

 Diantara kata-kata ulama Ahli Sunnah yang terkenal dalam (HADIS JARIYAH) iaitu hadis seorang wanita yang disoal oleh Nabi ialah;  "Terkandung dua masalah dalam hadis ini; Pertama Disyarakkan seorang muslim bertanya; "Dimanakah Allah?".  Kedua, kata-kata orang yang ditanya; "Allah dilangit". Barangsiapa mengingkari dua permasalahan ini maka dia telah mengingkari Nabi".

 

وقد ورد عن الإمام أبي حنيفة من طرق تكفير من نفى أن الله في السماء ، قال : "لأن الله تعالى يقول : ((الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى)) [طه : 5] وعرشه فوق سمواته"

1)      Imam Abu Hanifah Rahimahullah (Wafat; 150 H) sesungguhnya telah datang daripada beliau dengan jalan-jalan (sanad) yang berbagai iaitu mengkafirkan sesiapa yang menafikan bahawa Allah berada di atas langit", kemudian beliau berkata; "kerana sesungguhnya Allah telah berkata; ((ar-Rahman -Allah- di atas Araysh bersemayam)) dan ArasyhNYA berada di atas langit-langitNYA". Lihat kitab Arasyh karangan az-Zahabi m/s 70 & Fiqhul Akbar karangan Abu Hanifah.

 


وثبت عن مالك أن الله في السماء وعلمه في كل مكان .

2)       Telah sabit daripada Imam Malik Radiyallahu anhu (Wafat; 189 H)[1] ; " Sesungguhnya Allah di atas langit dan ilmuNYA di semua tempat". Lihat 'Isbat Sifat al-Ulu', karangan Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi, M/S 115.


 

قال الشافعي: "القول في السنة التي أنا عليها ورأيت اصحابنا عليها اصحاب الحديث الذين رأيتهم فأخذت عنهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة ان لااله الا الله وان محمدا رسول الله وذكر شيئا ثم قال وان الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وان الله تعالى ينزل الى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الاعتقاد.

 


3)      Berkata Imam as-Syafie Rahimahullah (Wafat; 204 H)[2]: "Perkataan dalam Sunnah yang aku berpengang dengannya dan aku lihat dikalangan Ahli Hadis yang berpegang dengannya maka aku ambil daripada mereka seperti Sufian al-Thauri, Imam Malik dan selain mereka ialah; Berikrar dengan persaksian bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah, beliau kemudian menyebut sesuatu dan berkata; "Sesungguhnya Allah di atas ArasyhNYA, di langitNYA dan DIA (Allah) menghampiri makhluk-makhluknya sebagaimana dia kehendaki dan sesungguhnya Allah turun ke langit bumi seperti yang DIA kehendaki dan kemudian beliau meyebutkan iktiqad yang lainnya".


 

ما نقله ولده حنبل حيث قال : سألت أبا عبد الله عن معنى ?وَهُوَ مَعَكُمْ? [الحديد :4] و ?مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلَاثَةٍ إِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ? [المجادلة :7] فقال : علمه محيط بالكل ، وربنا على العرش بلا حد ولا صفة .

 

4)      Daripada anak Imam Ahmad (Abdullah bin Ahmad) berkata [3]; " Aku bertanya kepada Abu Abdillah (Imam Ahmad –Wafat; 241 H) tentang makna ((Dan DIA (Allah) bersama-sama kamu)) Surah al-Hadid:4, dan juga maksud ayat ((Dan tidaklah sesuatu daripada bisikan rahsia diantara tiga orang itu kecuali yang ke empat adalah Allah)) al-Mujadilah:7? Beliau menjawab; "IlmuNYA (Allah) mengelilingi ke seluruh pelusuk dan Tuhan kita di atas Arasyh tanpa had dan gambaran".Lihat Al-Lalakaie dalam "Syarah Usul Sunnah & az-Zahabi dalam kitab al-Arasyh-

 


و قال البخاري في كتاب " خلق أفعال العباد " : و قال ابن المبارك : لا نقول كما قالت الجهمية إنه في الأرض هاهنا بل على العرش استوى . وقيل له :كيف نعرف ربا ؟ قال : فوق سمواته على عرشه .

 

5)      Imam Bukhari (Wafat; 256 H) berkata  dalam kitabnya, "Dan berkata Abdullah bin Mubarak (Wafat; 181 H); Kita tidak mengatakan seperti yang dikatakan oleh al-Jahmiyyah bahawa Allah Ta'ala itu di bumi dan di sana sini, bahkan Dia di atas Araysh bersemayam. Dan dikatakan kepadanya; "bagaimana kita tahu Tuhan kita?" beliau menjawab; "Di atas langit-langitNYA di atas ArasyhNYA". Lihat kitab 'Khalqu Afa'alil Ibad'.

 


قال الإمام الذهبي في كتاب العرش

"اعلم أن الوصف له تعالى بالاستواء اتباع للنص، وتسليم للشرع، وتصديق لما وصف نفسه تعالى به"

 

6)      Imam az-Zahabi (Wafat; 749 H)berkata dalam kitab (al-Arays); "Ketahuilah sesungguhnya bagi Allah sifat bersemayam ianya adalah mengikut Nas, menyelamatkan Syara' dan membenarkan apa yang Allah sifatkan tentang ZatNYA".

 

  

قال الإمام عبدالقادر بن أبي صالح الجيلي - الذي ينتسب إليه القادرية - (ت561هـ) في كتابه "الغنية لطالبي طريق الحق":

"لا يُقدح إطلاق الفوقانية على الله، فكثيرا ما أومأت إليه الأخبار وظواهر الآيات" 

"وهو بجهة العلو مستو على العرش ، محتو على الملك ، محيط علمه بالأشياء ?إليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه? [فاطر : 10] ، ?يدبر الأمر من السماء إلى الأرض ثم يعرج إليه في يوم كان مقداره ألف سنة مما تعدون? [السجدة : 5] ، ولا يجوز وصفه بأنه في كل مكان ، بل يقال : إنه في السماء على العرش كما قال : (الرحمن على العرش استوى) [طه : 5] . وينبغي إطلاق صفة الاستواء من غير تأويل ، وأنه استواء الذات على العرش .. وكونه سبحانه وتعالى على العرش ، مذكور في كل كتاب أنزل على كل نبي أرسل بلا كيف" .

 

 

7)      Imam Abdul Qadir al-Jailani (Wafat; 561 H) berkata dalam kitabnya; "Tidak dicela mengatakan secara mutlak sifat tinggi kepada Allah, maka telah banyak aku mengisyaratkan kepadanya berita-berita dan zahir-zahir ayat".

 

Katanya lagi; "Dan Dia (Allah) berada di arah yang tinggi bersemayam di atas Arasyh, menguasai sekalian kerajaan, ilmuNYA merangkumi segala sesuatu, ((kepadaNYA di angkatkan kata-kata yang baik dan amalan soleh))-Fathir; 10-, ((Dia yang mengatur urusan dari langit ke bumi, Kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu))-Sajadah; 5-, Maka tidak boleh mensifatkanNYA bahawa Allah berada di semua tempat! Bahkan hendaklah dikatakan bahawa Dia di atas langit di atas Arasyh…Hal keadaanNYA (Allah) berada di atas Arasyh telah disebutkan dalam semua kitab yang diturunkan kepada semua Nabi yang di utus (tanpa mempersoalkan bagaimana). Lihat kitab 'al-Ghunyah Li Tolibi Torikil Haq'.


Bersambung....

 



[1] Lihat kitab al-Arasyh M/S 71

[2] Lihat al-Arasyh m/s 89 dan "Isbat sifat al-Ulu karangan Ibnu Qudamah M/S 108

[3] Lihat al-Arasyh M/S 97, Ijtima Juyush karangan Ibnu Qayyim M/S 201 dan Syarah Usul al-Sunnah Al-Lalakaei 3/160.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...