RSS Feeds

Khamis, 7 Mei 2009

Penzahir Maksiat

عن أَبَي هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ((كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ))

Daripada Abi Hurairah beliau berkata: "aku mendengar Rasulullah bersabda: ((setiap umatku akan dimaafkan kecuali mereka yang berterang-terangan (dengan dosa)! Dan sesungguhnya diantara orang yang berterang-terangan ialah lelaki yang melakukan sesuatu (dosa) pada malam hari, kemudian datang waktu subuh dan sesungguhnya Allah telah menutup aibnya itu, lalu lelaki itu berkata; "Wahai Fulan, malam tadi aku telah melakukan sekian dan sekian". Pada malamnya, Allah telah tutup aib dosa-dosanya dan apabila subuh dia tiba-tiba membuka apa yang Allah tutupi tentang dirinya)) Hadis riwayat Bukhari.

Mua'fa: Daripada afiah iaitu dimaafkan daripada dosa-dosanya serta tidak diambil kira.


Diantara makna-makna yang terkandung disebalik hadis ialah;

1) Menunjukkan kurniaan Allah dan rahmatNYA yang luas terhadap hamba-hambaNYA, sesungguhnya Allah membuka pintu pengharapan dihadapan mereka yang berdosa, jika seseorang muslim melakukan dosa lalu dia bertaubat dengan taubat yang bersungguh-sungguh maka Allah akan menerima taubatnya.

2) Syara' menyanggah golongan yang berterang-terangan dalam melakukan kemaksiatan. Ini kerana disamping mereka melakukan suatu kemaksiatan mereka melakukan kemaksiatan yang lain pula iaitu (mempermainkan sensitiviti orang lain serta memandang hina terhadap akhlak-akhlak mulia). Dalam kemaksiatan yang terbuka ada seruan agar manusia sama-sama melakukannya, engkar kepada Allah, Rasul serta para mukminin. Kerana itu datang pengecualian yang tidak diampunkan (golongan yang terang-terang dan terbuka dalam maksiatnya) yang tidak peduli dengan kata-katanya dan yang akan dikatakan kepadanya (al-Majin).

3) Sesungguhnya rahmat Allah Ta'ala mendahului kemurkaanNYA. Kerana itu, jika Allah sudah menutupi dosa-dosanya didunia dan pelakunya sendiri menyimpinnya kerana malu terhadap tuhannya dan orang lain, maka Allah akan menutupi aibnya di akhirat dan akan mengampuninya serta tidak mengiklankannya dihadapan umat pada hari Makhsyar.

4) Sesungguhnya golongan yang berterang-terangan dalam maksiatnya akan menyebarkan kefasadan (kerosakan) dalam masyarakat islam. Kerana itu dia berhak mendapat kemurkaan dan kemarahan Allah, aibnya tidak disembunyikan pada hari kiamat lalu Allah akan membuka aibnya dihadapan seluruh makhluk pada hari kiamat sepertimana dia membuka aibnya sendiri di dunia.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...