RSS Feeds

Rabu, 27 Mei 2009

Dimanakah Allah?

Ramai orang yang tertipu dengan akidah Allah tidak bertempat (tidak didalam alam dan tidak di luar alam).  Sebahagian yang lain pula berkata Allah berada dimerata-rata tempat. Maha suci Allah terhadap apa yang mereka sifatkan!! Apakah jawapan sebenarnya kepada masalah yang tidak habis-habis ditimbulkan ini? Sedangkan Allah telah menyatakan bahawa Allah berada di atas. Allah yang lebih tahu tentang Zat dan sifat-sifatNYA, mengapakah kedengaran segelintir manusia yang tidak membenarkan para mukminin menyatakan seperti yang dinyatakan Allah dan Rasul? Kemudian mereka mendakwa bahawa merekalah Ahli Sunnah Wal Jama'ah? Syiah yang sesatpun mendakwa mereka adalah Ahli Sunnah! Pelik sekali tabiat manusia yang konon akalnya lebih hebat daripada Wahyu serta pemahaman Sahabat dan Tabi'in!  Sehingga memandai-mandai dalam mencipta teori dalam permasalahan yang Ghaib. Inilah natijahnya jika mendahulukan akal. Sila lihat (Padah mendahulukan akal) dalam link berikut;

http://abuumair1.wordpress.com/2009/05/21/apabila-akal-didahulukan/

 


Berikut adalah dalil-dalil yang menyatakan bahawa Allah berada di tempat yang Tinggi. Allah berada di Arasy dan Allah berada di atas langit.

1)      Firman Allah dalam surah al-Mulk ayat 16 & 17;

((أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الْأَرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ . أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ))

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang (berkuasa) di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? 
[17]
Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang (berkuasa) di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?

 

Ibnu Abbas berkata; "Adakah kamu beriman dengan pemilik azab yang berada di langit (Allah) jika kamu melakukan kemaksiatan kepadanya?"

 

2)      Firman Allah dalam surah Toha ayat 5;

((الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى))

((Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy))


Allah Ta'ala menjelaskan bahawa Dia bersemayam dengan menggunakan kalimah (على) (di atas); yang dikhususkan dengan 'Arasy; sedangkan 'Arasy merupakan makhluk yang berada di tempat yang paling tinggi; dan kebanyakkannya dengan diiringi dengan lafaz (ثم)  (kemudian) yang menunjukkan makna (التعقيب والمهلة)  (urutan secara terpisah dan tidak langsung).

 

3)      Surah an-Nahal ayat 50;

يَخَافُونَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ))))

((Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka) ))

 

4)      Firman Allah dalam surah Fathir ayat 10;

((مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ))

 

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, Maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya. kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal yang saleh dinaikkan-Nya, dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras. dan rencana jahat mereka akan hancur"

 

5)      Allah berfirman Dalam surah al-Ma'arij ayat 4;

((تَعْرُجُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ إِلَيْهِ))

"Maka malaikat dan jibril naik (menghadap) kepadaNYA (Allah)"

 

6)      Dalam surah as-Sajadah ayat 5 Allah berfirman;

يُدَبِّرُ الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْه))ِ))

"Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, Kemudian (urusan) itu naik kepadanya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu"

 

7)      Dalam al-Imran ayat 55 firman Allah;

((إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَى إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ))

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu,"

 

8)      Allah Ta'ala menjelaskan bahawa Dia bersifat tinggi secara mutlak, yang menunjukkan  semua jenis ketinggian; sama ada ketinggian Zat, kedudukan atau kemuliaan.

 

(وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ) البقرة:255

Maknanya: Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [Al-Baqarah:255]

 

(وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ) سباء:23

Maknanya: Dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. [Sabaa':23]

 

9)      Allah Ta'ala menjelaskan bahawa Dia menurunkan Al-Qur'an,

 

(تَنزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ)

Maknanya: Kitab (Al-Qur'an) ini diturunkan oleh Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Az-Zumar:1]

 

 (تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ)

Maknanya: Diturunkan dari Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. [Fushshilat:41]

 

 


Dalil-dalil daripada Sunnah antaranya seperti berikut;

 

1)      Hadis Jariah yang disoal oleh Nabi :"Dimanakah Allah?", Wanita itu menjawab :"Di langit", kemudian Nabi bertanya; "Siapakah aku?".  Wanita itu menjawab: "Rasulullah", kemudian Nabi bersabda; "Bebaskan dia sesungguhnya dia adalah seorang Mukminah". Hadis Soheh Muslim (1227).

 

2)      Nabi mengangkat jarinya ke arah langit dalam keadaan baginda sedang berkhutbah dihadapan sahabat-sahabat baginda ketika haji Wada',  iaitu pada hari Arafah, Nabi bersabda: "Bukankah aku telah sampaikan?" Sahabat-sahabat menjawab; "Ya". Kemudian Nabi ulangi Nabi pertanyaannya sebanyak 3 kali dan sahabat membenarkannya. Lantas baginda bersabda: "Ya Allah persaksikanlah!" Sambil jarinya ditunjukkan ke atas langit dan kemudian ditujukan kehadapan orang ramai. Hadis Soheh Muslim (3009)

 

3)      Daripada Salman; bahawa Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda"…Sesungguhnya Allah ta'ala malu dengan hambanya - apabila hambanya mengangkat kedua tangannya (berdoa) kepadanya – untuk menolaknya tanpa dimakbulkan"[1].

 

4)      Rujuk juga kisah Mikraj Nabi Muhammad yang menceritakan ulang alik baginda antara Musa  a'laihissalam dan Allah Ta'ala untuk mendapatkan keringanan (bilangan rakaat) solat. Rujuk dalam Soheh Bukhari. 1/135(342) dan Soheh Muslim 1/199 (429).

 

 

Adapun Dalil daripada Ijma';

Sesungguhnya ulama Salaf telah Ijma' (sepakat) bahawasanya Allah Ta'ala dengan Zatnya di atas langit, ini seperti yang disebutkan oleh para ulama antaranya adalah Imam az-Zahabi dalam kitabnya; (al-Ulu Lil Aliyyil al-Ghoffar).

 


Logik akal;

Adapun dalil logic pula ialah dengan kita mengatakan bahawa sifat tinggi adalah sifat yang sempurna dengan kesepakatan seluruh orang yang berakal. Jika rajapun mahukan tempat yang tinggi seperti tempat letak Takhtanya (Singgahsana), maka bagi Allah adalah perumpamaan yang lebih tinggi (FaliLlahil mathalul a'la).

 


Dalil daripada fitrah pula ialah;

Sesuatu yang semula jadi dalam diri manusia ialah, jika ditimpakan kesulitan dan kepayahan lalu dia memerlukan bantuan tuhannya maka mukanya dan hatinya akan di alihkan ke langit lantas berdoa. Secara sengaja mukanya juga didongakkan ke langit. Orang yang menafikan Allah dilangitpun jika berdoa pasti anda akan dapati kedua tangannya diangkatkan ke langit. Tidak pula di telingkupkan ke bumi atau merata-rata tempat.

 


Musa dan Firaun;

Apa yang pelik ialah, musuh Allah bernama Firaun ketika berdebat dengan Musa tentang keesaan Allah juga sedar bahawa Allah itu berada di atas. Maksud firman Allah: ((Dan berkatalah Fir'aun: "Wahai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku menganggapnya seorang penipu)).

[Ghafir:36-37]

 

Ini semua diantara dalil-dalil yang membuktikan bahawa pegangan Allah tiada di dalam bumi dan tiada diluar bumi adalah salah!! Benar Allah tidak berada dibumi! Tetapi Allah berada di langit yang langit itu merupakan tempat yang tinggi. Kita sambung perbincangan hujah-hujah yang amat banyak ini dalam penjelasan yang akan datang InsyaAllah….

 



[1] [Shahih Ibn Hibban 3/160 (876), Al-Mustadrak 1/718 (1962), kata Al-Hakim: Hadis ini shahih berdasarkan syarat Al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka tidak meriwayatkannya]

 

6 comments:

refah00 berkata...

Assalamualaikum Ustaz.

Ustaz tulis Berikut adalah dalil-dalil yang menyatakan bahawa Allah berada di tempat yang Tinggi. Allah berada di Arasy dan Allah berada di atas langit.
Soalannya di manakah Allah berada sebelum Arasy dan langit diciptakan.

Ustaz tulis Sesuatu yang semula jadi dalam diri manusia ialah, jika ditimpakan kesulitan dan kepayahan lalu dia memerlukan bantuan tuhannya maka mukanya dan hatinya akan di alihkan ke langit lantas berdoa. Secara sengaja mukanya juga didongakkan ke langit. Orang yang menafikan Allah dilangitpun jika berdoa pasti anda akan dapati kedua tangannya diangkatkan ke langit. Tidak pula di telingkupkan ke bumi atau merata-rata tempat.
Soalannya macam mana pula kita solat,tawaf dan haji ke Baitullah.Adakah Allah ada di Baitullah?

Ustaz tulis Apa yang pelik ialah, musuh Allah bernama Firaun ketika berdebat dengan Musa tentang keesaan Allah juga sedar bahawa Allah itu berada di atas. Maksud firman Allah: ((Dan berkatalah Fir'aun: "Wahai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku menganggapnya seorang penipu)).
[Ghafir:36-37
Soalannya adakah akidah ustaz sama macam akidah Firaun.Malang sekali bagi orang yang mengaji tinggi macam Ustaz.Saya sarankan ustaz mendalami ilmu sifat 20 khususnya sifat mukhalafatuhu taala lilhawadis.

Muhammad berkata...

Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib &
Masjid Al Hidayah Taman Melawati
Muslimat semua dijemput hadir,


http://pondokhabib.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

salam. ana melihat pengunjung perlu baca baik2 ulasan penulis. tidak perlu menilai sebegitu.wallahu'alam..

DAKWAH YEOP berkata...

sebelum rifah bertanya Dimanakah Allah sebelum diciptakan Arasyh? saya juga ingin bertanya; Dimanakah saudara sebelum ibu bapa saudara berkahwin?

dalam hadis qudsi riwayat muslim, Nabi bersabda bahawa Allah berfirman sesungguhnya Umat mu YA muhammad akan terus-terusan bertanya, kenapa begitu, kenapa begini, sehingga mereka mengatakan Allahlah yang menciptakan semua perkara, maka siapakah yang menciptakan Allah?

inilah di antara keraguan2 daripada Iblis kepada manusia spt dijelaskan nabi dalam riwayat ibnu Hibban dan Tobrani dalam al-Ausyot,,"sesungguhnya ia adalah iblis datang untuk meraguan kamu dalam agamamu"..

bagi soalan terakhir saudara, adakah saya sama spt akidah Firaun? ini adalah pemahan dangkal saudara terhadap penulisan ini...Firaun terang2 kafir dan saya tdk tahulah kalau saudara bermaksud mengkafirkan saya? saya harap tidak:) wallahu a'lam.

DAKWAH YEOP berkata...

opss,,Allah tdk ada dalam ka'abah. sbb itu jgn jgn Faham spt fahaman penyembah berhala..Allah berada di atas, semua ibadah, solat, tawaf, haji puasa dan sebagainya adalah atas arahannya. tdiak bermakna kita tawaf ka'abah maka kita menyembah ka'bah. bahkan kita tetap menyembah Allah yg berada di langit kerana itu arahannya. adakah bila kita melakukan haji maka kita menyembah arafah? menyembah jamrah aqabah, mina dan lain2? jgn terlalu pasif dalam berfikir dan memahami akidah islam...sandarannya sudah jelas (al-quran dan sunnah serta pemahaman salaf)

saudara jgn memikirkan perkara2 yg ghaib, saya khawatir nanti sakit kegilaan akan datang, utk fikirkan dan mengakaji pada ciptaan2 Allah yg zahirpun belum kita habis,.apa lagi perkara yg ghaib???sbb percaya kpd Allah itu dinamakan sbg rukun iman..semoga Allah memberikan hidayah pada semua..amin

Ustaz Murad berkata...

Izinkan ana komentar :
1) Aqidah FIraun = Allah tiada dilangit ( Aku yakin engkau (Musa) pendusta. Ini dalil bahawa Nabi Musa a.s datang ajarkan bahawa Allah dilangit.

Maka siapa yg kata Allah tiada dilangit bersetuju dgn Firaun bersalahan dgn Nani Musa.

2) Sebelum Allah ciptakan Arasy dan langit dimanakah Allah?
Jawaban : Diatas (u'luww)

Sama seperti soalan : sebelum ada makhluq Allah, belum ada masa, Allah adalah al-Awwal lagi qadim. Tidak semestinya bila ada makhluq baru Allah dpt nama dan sifat al-Awwal(pertama).

Tidak semestinya bila ada ciptaan baru Allah dapat nama dan sifat Pencipta.
Sifat U'luww adalah sifat zat. Seperti sifat hayah, ilmu, qudrah, kalam, sama', basar yg Asyairah istbatkan. Sifat istiwa pula adalah sifat fi'liyyah ikhtiyariyyah. Dalilnya Allah pakai "thumma" = kemudian beristiwa...

Kalau Allah tak khabarkan demikian kita tak akan pandai2. Bagaimana kaifiatnya, kita tak tanya, tapi Allah fa'aalun lima yurid..

3) Langit bukan kiblat doa, kiblat doa adalah ka'abah macam kiblat solat. Tiada dalil beza2kan. Nabi menghadap kiblat bila doa istisqa'.

Tangan tiada kena mengena dgn kiblat. Angkat tangan ketas atau bersedekap didada bukan maknanya atas/dada itu kiblat. Kiblat dlm bahasa adalah arah yg dihadapkan oleh badan dan wajah.

Tiada org Islam kata kiblat itu tempat Allah.

Namun artikel diatas sedang bicarakan ttg hati dan tangan yg diangkat kelangit ketika menyeru Allah, bukan di hadap ketempat lain, ini adalah fitrah bahawa Allah di Maha atas.

Semua dalil2 ini lebih agung dan bersesuaian dgn ayat2 Quran dan hadith bhw Allah Maha tinggi diatas ArasyNya dari qaedah ahli kalam : mukhalafatuhu lil hawadith.

Semua sifat 7 boleh dikaitkan dgn hawadith. Makhluq juga ada wujud, ada sifat hayat, ilmu, qudrah, iradah, kalam, sam'a basar, kenapa boleh terima lalu kata, ia tak sama dgn makhluq?

Apa bezanya sifat2 7 ini yg ada dlm al-Quran dan hadith dgn sifat u'luww dan istiwa'? Amanna bihi Kullun min indi rabbina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...