Saya pasti bukan orang islam saja yang sedih dengan kejadian ragut yang membawa kepada kematian di Johor , Kelantan dan Pulau Pinang dalam masa 48 jam. Mangsa malang di Johor dan Kelantan itu adalah wanita yang sedang mengandung. Kejadian malang bertarikh 6 dan 7 Mei itu menyebabkan sesetengah orang di luar sana mula bertanya; "Sudah tidak selamatkah Malaysia?" Jenayah bunuh adalah dosa kedua terbesar dalam islam sesudah Syirik! Ianya melibatkan kemanusiaan dan aset termahal yang dimiliki individu dalam dunia. Lebih mahal harganya berbanding pangkat dan kemewahan.
Jenayah yang pelbagai dan kreatif;
Dalam edisi 6/5/09 senyum kambing keluaran Utusan Meloya si kambing bertanya dengan kambing yang lain; "Tidak selamatkah lagi persekitaran kita?". Soalan bodoh yang tidak perlu kepada jawapan. Adakah selepas daripada kejadian pembunuhan, jenayah rogol, jenayah juvana, pelacuran, dadah, colek, rompakan dan macam-macam lagi jenis jenayah yang jumlahnya ribuan setiap tahun ini masih belum cukup untuk menjadi jawapan? Polis baru sekarang mula sebuk untuk mengatasi masalah mat rempit yang biasanya menjadikan gadis bohsia sebagai hadiah perlumbaan. Itulah akibatnya jika polis kerjayanya hanya menangkap dan menjadi mata-mata gelap kepada pemimpin politik tertentu sahaja! Jenayah dibiarkan, akhirnya ketua polis daerah Johor Bharupun menjadi mangsa rompakan 3 penjenayah dari Indonesia pada 30 April. Bukankah sudah diakui bahawa jenayah juvana meningkat 300%? Mahu apa lagi ditunggu untuk menjadi gadaian dan korban?
Banggakah saya sebagai rakyat Malaysia?
Boleh dikatakan setiap hari jenayah yang pelbagai rupa terbit di dada akhbar Malaysia. "Ibu terkejut anak sekatil dengan teman lelaki ", "Remaja merajuk kena rogol", "kanak-kanak 5 tahun dicabul 3 remaja", "Kelindan lori mati sesak nafas selepas disamun", diantara berita dalam minggu ini keluaran utusan, berita harian dan metro. Dalam kemelut ekonomi, politik pening lalat khasnya di Perak, macam-macam kadar peningkatan jenayah yang berlaku dan krisis sidang DUN yang dicabuli semalam, maka apa lagi yang mahu kita banggakan dengan Negara kita jika berterusan begini keadaannya? Ya, saya masih boleh berbangga dengan pujian sesetengah orang arab yang mendewa-dewakan kemajuan material. Itu jika saya diluar Malaysia dan mereka yang memuji tidak tahu atau belum tahu hakikat sebenar Negara kita. Tetapi adakah saya berbangga sebenarnya jika berada di dalam Negara? Jauh dari itu, adakah saya selamat tanpa saya pernah mempelajari jurus ilmu persilatan? Hatta jaguh yang pakar silat sekalipun jika kepalanya sudah di acukan dengan pistol automatic adakah dia pandai menepis?
Rawatlah dan atasilah;
Jenayah-jenayah ini perlu diatasi segera, perlu ditangani dan dicari jalan penyelesaiannya dengan mengumpulkan Ilmuan, Ulama, Mufti dan pakar undang-undang dan mereka yang berkelayakan untuk sama-sama memberi pandangan dan memberi jalan penyelesaian untuk ditangani oleh kerajaan pemerintah! Ya, rawatlah segera sebelum barah ini merebak dan menjadi budaya serta adat kebiasaan seperti yang berlaku di barat. Rawatlah sebelum rakyat masing-masing menangani dengan cara mereka sendiri. Mujur sahaja Malaysia tidak seperti Yaman yang masing-maing keluarga memiliki senjata. Mujur sahaja umat masih tebal keimanan mereka dengan Qada' dan Qadar Allah terhadap kecelakaan yang menimpa mereka. Jangan sampai semua kemujuran ini menghilang dan akhirnya masing-masing orang menabalkan dirinya sebagai pemerintah yang melaksanakan hukuman kepada penjenayah.
hukuman pembunuh;
Jika sudah sabit kesalahan si pembunuh dan hukuman sedia ada dalam perlembagaan juga adalah bunuh, kenapa di sana terdapat Mahkamah Rayuan? Penerima rayauan itu hanya boleh diterima daripada keluarga si mati sahaja. Mereka yang sahajalah yang berhak memaafkan penjenayah dan mengangkat hukuman bunuh itu daripda pembunuh dengan ganti rugi (Diyat) ataupun secara percuma. Adapun Mahkamah, Agung, Raja mahupun Perdana Menteri maka itu bukan dibawah bidang kuasa mereka untuk memaafkan! Harap maaf, tetapi inilah hukum Tuhan.
Pamerkan hukuman kepada umum;
Betapa baiknya jika hukuman bunuh itu dipamerkan perlaksaannnya untuk tontonan umum. Penjenayah yang bakal digantung @ dipancung itu dibuat liputan oleh pihak media agar penjenayah-penjenayah lain yang sedang berkeliaran mengambil ikhtibar. Susahkah untuk ini dilaksanakan? Bukankah ini juga untuk kemanusiaan? Bukankah ini di antara sebab paling kuat saya fikir untuk menakutkan manusia daripada melakukan kezaliman dan pembunuhan? Jika tidak mampu untuk melaksanakan ini sedangkan kita adalah kerajaan, berikan sahajalah petadbiran ini kepada mereka yang mampu. Saya yakin ahli parlimen pembangkang juga akan menerima usul ini jika dibahaskan. Bukankah Tuan Guru Nik Aziz pernah mencadangkan penyeludup dihukum dikhalayak ramai?
Perhatikan hukuman Allah pencipta makhluk;
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ وَأَدَاءٌ إِلَيْهِ بِإِحْسَانٍ ذَلِكَ تَخْفِيفٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَرَحْمَةٌ فَمَنِ اعْتَدَى بَعْدَ ذَلِكَ فَلَهُ عَذَابٌ أَلِيمٌ (178) وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (179)
Maksudnya; "Wahai manusia yang beriman, diwajibkan ke atas kamu semua hukuman al-Qisas (bunuh dibalas bunuh) dalam kes pembunuhan, merdeka dengan yang merdeka, hamba sahaya dengan hamba sahaya, perempuan dengan perempuan. Maka barangsiapa yang memaafkan saudaranya dengan sesuatu (bayaran Diyat) maka hendaklah dia mengikutinya dengan kemakrufan dan menunaikan (kemaafan) kepadanya (si pembunuh) dengan penuh ihsan. Yang demikian itu (hukuman Diyat) adalah keringanan daripada Tuhan kamu dan rahmat kurniaNYA. Maka sesiapa yang melampau sesudah itu baginya azab yang maha pedih. Dan keatas kamu hukuman Qisas itu adalah kehidupan wahai sekalian golongan yang berfikir mudah-mudahan kamu semua bertaqwa". al-Baqarah ayat 178-179.
Lihatlah bagaimana Allah menyatakan hikmah disebalik pelaksanaan hukum ini. Dalam perlaksanaan hukum Qisas ianya adalah kehidupan bagi ummah kerana mereka akan hidup dalam aman dan sentosa. Hanya perlu membunuh si pembunuh itu sahaja maka yang selainnya akan hidup sentosa. Tetapi yang melaksanakan hukum adalah pihak pemerintah bukan orang awam. Wallahu a'lam.
0 comments:
Catat Ulasan