Saya perhatikan masyarakat Arab Saudi amat mengambil berat dalam urusan ibadah mereka khasnya solat. bukan sekadar menunaikan solat sahaja tetapi lebih dari itu ianya didirikan secara berjemaah. Lalu kita dapati akan tergantung disamping jadual waktu solat berhampiran mimbar itu, jadual lain iaitu waktu menunggu selepas azan dilaungkan.
Saya fikir ianya amat baik jika dapat dilaksanakan di Malaysia kerana secara langsung ummah dapat menunaikan solat secara berjemaah selain memberi ruang kepada mereka yang datang ketika azan untuk solat sunat, berdoa dan membaca al-Quran. Ya! Amat bagus dan sesuai untuk cuba dipraktikkan. Sebagai contoh penduduk di Riyad meletakkan waktu menunggu selepas azan seperti berikut;
ZOHOR : 15 MINIT.
ASAR :20 MINIT.
MAGHRIB :10 MINIT.
ISYA' :20 MINIT.
SUBUH :20 MINIT.
Ini memungkinkan muslimin pergi ke masjid untuk sama-sama mendirikan solat Fardhu secara berjemaah kerana wujud tempoh yang agak lama sebelum Iqamah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang bidaah kerana ianya sekadar kesepakatan ahli qaryah masjid terhadap masa yang sesuai untuk menunggu jemaah sampai ke masjid sebelum solat didirikan.
Apapun ianya sekadar cadangan yang mungkin boleh dipraktikkan di beberapa tempat sebelum ianya menjadi rasmi di kebanyakkan masjid seluruh Malaysia. Mudah-mudahan semangat untuk sama-sama menghadiri solat secara berjemaah di masjid bertambah selepas kedapatan waktu yang agak luas dan sekata ketika menunggu. Wallahu a'lam.
0 comments:
Catat Ulasan