RSS Feeds

Rabu, 13 Mei 2009

Untungnya Brunai Darussalam


Ya, itulah untungnya mengamalkan system pentadbiran beraja yang berkuasa mutlak 100%. Tanpa perlu memikirkan kecelaruan, perpecahan, perbalahan ummah, perbezaan politik, tahanan politik dan sebagainya seperti yang berlaku sekarang ini di kebanyakan Negara umat Islam. Demikian contohnya yang terpapar bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Menampakkan krisis yang semakin berpanjangan selagi Dun belum dibubarkan dan pilihanraya yang baru diadakan.


Demikian untungnya kerajaan Arab Saudi dan Jordan. Mereka hanyalah menguruskan hasil Negara, membahagikan kekayaan khazanahnya kepada penduduk dengan sewajarnya. Mungkin sahaja rakyat agak kurang kebebasaannya dari sudut kritikan dan pandangan kerana tidak semua mereka layak dan mampu memberi kritikan dan pandangan membina. Tetapi! Disinilah sebenarnya peranan Ulama dan Mufti yang mendampingi raja memainkan peranannya! Merekalah yang menjadi pendamping dan penegur kepada raja yang memerintah.


Mari kita kenangkan kembali bagaimana kesultanan Melayu mentadbir negeri sebelum berlakunya era penjajahan. Semua rakyat aman sentosa, sekalipun terdapat kezaliman daripada kalangan raja yang memerintah tetapi bak kata pepatah; "Raja adil raja di ikut, raja zalim raja disanggah". Yang sewajarnya ialah Wala' kita sebagai orang melayu islam hanya kepada raja yang seorang ini. Yang sudah pastinya islam!


Zaman semakin berubah sehinggalah selepas penjajahan yang akhirnya memungkinkan orang-orang Cina dan India mendapat kerakyatan. Maka bermulalah era kecelaruan dan keserabutan yang sememangnya dirancang penjajah agar berterusan ketidakamanan dalam Negara Malaya tercinta. Ia bertambah celaru selepas kuasa Raja melayu diminimumkan dan hampir-hampir pupus serta menjadi boneka sahaja.


Mari kita nilai betapa untungnya mereka yang terus mengamalkan system beraja di 3 negara yang disebutkan; Arab Saudi, Jordan dan Brunai. (Jika terdapat system beraja selain daripada 3 negara ini, boleh maklumkan saya yang kerdil maklumat ini) Diantara keuntungan system mereka ini adalah;

1- Ianya adalah rentetan daripada system Khalifah yang bermula pada zaman sahabat Nabi yang dipopularkan oleh Muawiyah bin Abi Sufian Radiyallhu Anhu.


2- Sistem ini mengurangkan perpecahan sesama umat islam khasnya dalam urusan politik dan pentadbiran. Kerajaan hanyalah dijatuhkan dengan penggulingan raja yang memerintah. Adapun demokrasi ciptaan barat yang rata-ratanya dililit penipuan tidak mendapat tempat.


3- Sistem ini mengutamakan Syura yang ahlinya terbentuk daripada cerdik pandai dan Ulama yang terpilih yang akan membuat sebarang keputusan bagi segala masalah yang berkaitan.


4- Sistem ini membuka ruang yang amat luas kepada ummah untuk menguruskan kehidupan mereka sepenuhnya dari segi ibadah dan keagamaan. Justeru para Ulama dapat menumpukan kerjaya mereka mendidik dan menyeru ummah kearah pemahaman agama islam yang sebenarnya.


5- Sistem ini adalah system kerajaan Turki Uthmaniah yang jatuh pada tahun 1299M@1924H yang telah membuktikan kekuatan islam bersatu dibawah 1 pemerintahan sehingga menggerunkan eropah dan mendorong mereka menjatuhkannnya.


6- Sistem ini menghapuskan perasaan sesetengah rakyat kebiasaan yang berkeinginan dan bercita-cita untuk menjadi raja. Kerana hanya kerabat diraja dan keturunannnya sahaja yang pasti memerintah.


7- Sistem ini memungkinkan rakyat bersatu padu dibawah naungan seorang raja tanpa terikat dengan pertukaran pemerintahan 5 tahun sekali umpamanya kecuali jika siraja menemui ajalnya.


8- System ini mengelakkan perbalahan dan permusuhan sesama rakyat muslimin seluruhnya kerana perebutan kuasa yang wujud dalam system demokrasi menggalakkan wujudnya permusuhan politik seperti yang terpamer sekarang ini.


9- Jika rakyat tidak bersetuju dengan sesuatu undang-undang, perlembagaan, akta dan enekmen, maka mereka perlu merubah pendirian seorang sahaja (Raja) melalui saliran ulama, Gabenor (amir) dan sebagainya. Tanpa kita perlu merubah pendirian 220 ahli parlimen dalam satu-satu negara sebagai contoh.


Diktatorkah Raja?

Raja biasanya tidak dianggap Diktaktor, kebiasaan yang berlaku ialah samada raja itu adil atau zalim sahaja. Istilah Diktaktor berlaku dalam system demokrasi dan komunis sahaja. Sebab itulah seupayanya barat cuba menghapuskan system beraja ini atas alasan tidak demokratik dan tidak mesra rakyat. Atas alasan kuasa adalah suara rakyat dan sebagainya. Adakah suara rakyat benar-benar keramat? Keramat jika ianya dalam system demokrasi yang tidak tercemar dengan penipuan. Tapi yang pastinya doa rakyat yang dizalimi mustajab!


Anda boleh perhatikan Indonesia sebagai contoh yang majoriti islamnya 87% daripada 230 juta penduduk, tetapi Indonesia memiliki 38 partai (parti). Menunjukkan mereka tidak saling bersatu dalam aliran dan pemikiran. Terjerumus melalui perpecahan parti ini aliran yang pelbagai dalam akidah. Masing-masing berusaha untuk merebut kuasa demi melaksanakan metod pegangan dalam agamanya ataupun kefahamannya.


Apapun, kita sewajarnya melaksanakan tugas masing-masing dengan kepakaran dan bidang kuasa yang dimiliki untuk memartabatkan islam. Sewajarnya kita terus menyumbang terhadap agama yang mulia ini. Semoga ianya memberi manfaat bagi kehidupan di akhirat kelak. (Tulisan ini sekadar pandangan penulis yang layak menerima kritikan jika perlu). Wallahu A'lam.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam buat sahabat.Setelah ana baca artikel anta,ana agak tertarik dengan fakta dan hujah yang anta kemukakan bagi menyokong tajuk yang anta paparkan dan yang anta bincangkan.Di situ terdapat kemungkinan ape yang anta tulis ade kebenarannya.Ini kerana ape yang anta tulis dikuatkan dengan hujah2 yang agak kuat.Namun,kemungkinan juga ada pihak yang tidak berapa setuju dengan ape yang anta kemukakan.mungkin mereka berpendapat ianya x sesuai di jalankan sistem tersebut pada zaman sekarang....Kesimpulan yang boleh saya buat disini ialah,sesuatu pemerintahan tu akan berjaya jika ianya berlandaskan sistem Islam.takbir!ALLAHU AKBAR!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...